Mungkin ghairah mendengar kawan bercerita perihal emas, terus saja mahu beli. Sabar dulu geng, saya senaraikan 5 kesilapan membeli emas kebanyakkan rakyat kita..
Ini hanyalah pendapat peribadi, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya;
- Beli emas kerana join skim pelaburan. Ini saya rasa kesilapan paling top. Ghairah dengar ceramah, atau kalah dengan pujuk rayu kawan. Nak pula dijanjikan hibah atau pulangan lumayan.
- Pembelian terburu² tanpa mempertimbangkan perkara² penting sebelum membeli emas. Ada 5 faktor penentu sebelum membeli emas, bukan harga yang murah saja.
- Beli logam berharga ini tapi bukan pakai duit sendiri, tapi dengan cara pinjam duit/berhutang. Mungkin ada yang tidak bersetuju, namun dah banyak saya lihat orang yang jenis meminjam kawan atau keluarga untuk beli emas.
- Beli barang kemas sebagai simpanan. Barang kemas pada saya, untuk pakai, agar nampak cantik berhias. Sebagai instrumen simpanan mahupun pelaburan; agak rugi di masa depan kerana spread barang kemas agak tinggi, 15% – 30% bergantung kepada kedai. Saya ada menyenaraikan kelemahan emas perhiasan untuk dijadikan simpanan.
- Belum pernah beli tapi menunggu² harga rendah. Belum pernah menyimpan emas, pasti tiada benchmark. Jadi bagaimana anda mahu tahu, harga rendah itu rendah dan harga tinggi itu tinggi?