5 KESILAPAN ORANG MEMBELI EMAS

Kali ini saya nak kongsi 5 Kesilapan Orang Membeli Emas, terutamanya dalam membeli emas simpanan. Ini hanyalah pendapat peribadi, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya;

  1. Beli emas kerana join skim pelaburan. Ini saya rasa #1. Kalau skim cepat lingkup emas entah ke mana, duit? Tak payah cerita lah
  2. Beli emas tanpa consider 5 Faktor Sebelum Membeli Emas. 5 faktor ini sangat penting, untuk tidak menyesal di kemudian hari.
  3. Beli emas tapi bukan pakai duit sendiri – pinjam duit/berhutang. Nak melabur gunakan surplus, pastikan simpanan sudah ada dahulu. Kalau nak menyimpan pun berpinjam, macam tak betul saja kan?
  4. Beli emas perhiasan sebagai simpanan. Emas perhiasan susut nilai tinggi, 20% – 30%. Mungkin lebih baik kalau jual balik di kedai asal belian. Anda perlu tunggu lama untuk meraih keuntungan. Saya ada menyenaraikan kelemahan emas perhiasan untuk dijadikan simpanan
  5. Belum pernah beli emas, tapi menunggu² harga rendah. Anda belum pernah menyimpan emas, jadi pasti TIADA BENCHMARK. Jadi bagaimana anda tahu how low is low or high is high?

Apapun, nak beli emas ni kena tenang saja. Jangan ikut orang. Study habis dulu sebelum membeli.

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini