ADA SEBAB KENAPA GELANG DAN CINCIN DIPANGGIL EMAS PERHIASAN

Emas perhiasan

Emas Perhiasan

Sebabnya mudah, gelang dan cincin emas dipakai untuk berhias!

Dari zaman dahulu barang kemas dipakai untuk mempamerkan status, kerana emas ialah barang berharga dan di sesetengah tempat sukar diperoleh.

Soalan yang biasa saya dengar ialah, “mana yang lebih baik? gold bar atau gelang cincin?”

Pendapat saya, “You can’t compare apples to oranges”

Gold bar dan syilling adalah jenis emas pelaburan iaitu disimpan untuk memperoleh keuntungan signifikan di kemudian hari.

Gelang cincin pula adalah jenis emas perhiasan yang dipakai atau dipamerkan di badan (untuk orang Islam hanya khas bagi kaum wanita)

Apapun, kedua² nya pun tetap emas cuma bentuk sahaja berbeza. Cuma, barang kemas ini ada beberapa kelemahan berbanding dengan emas pelaburan (gold bar dan syilling)

Apa kelemahan emas perhiasan untuk dijadikan simpanan?

  1. Harga per gram yang tinggi. Ini kerana harga lantai kebanyakkan kedai emas ditetapkan oleh Federation of Goldsmiths and Jewellers Association of Malaysia (FGJAM). Makcik saya selalu sebut harga Persatuan, yang biasanya terpampang di depan kedai atau belakang palang besi
  2. Ada kos tambahan – kos tukang/upah yang di-include sekali dengan harga kepada pembeli. Jadi, kedai emas bebas me-manipulate harga akhir kepada pembeli. Hanya kakak² yang mempunyai skil bargaining tinggi yang biasa boleh dapat harga yang selesa
  3. Mempunyai spread yang tinggi – sekitar 20 – 30% mengikut kedai. Rugi banyak bila jual semula. Kita perlu tunggu lama untuk peroleh keuntungan.
  4. Biasanya dari ketulenan 916, ini kerana ianya lebih keras dan lebih senang dibentuk mengikut design yang cantik. Emas pelaburan kebiasaannya emas padu 999, ketulenan yang lebih tinggi.
  5. Lebih cerewet untuk digadaikan. Ujian tambahan seperti ujian kemagnetan dilakukan untuk menentukan tiada kandungan besi di dalam. Tambahan pula, berat keseluruhan akan ditolak sekiranya terdapat banyak batu permata.
  6. Kebanyakkan kedai mahukan resit asal sekiranya kita nak jual semula – kalau resit hilang?

Jadi terpulang kepada anda, jika suka berhias mungkin emas perhiasan itu lebih sesuai untuk anda. Tetapi jika nak jadikan sebagai simpanan atau pelaburan, saya rasa sudah ada pilihan lain – gold bar dan coin

 

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini