ADA TAK YANG BAGI EMAS UNTUK KAHWIN?

emas untuk kahwin

Cuba bagi emas untuk kahwin, family mertua agaknya angkat kening tak?

Sudah ramai saya lihat di media sosial menjadikan emas fizikal sebagai mas kahwin, terutamanya emas berbentuk dinar.

Ketika saya nikah dahulu, mas kahwin yang ditetapkan negeri Melaka ialah RM80. Saya genapkan saja ke RM100. Hantaran RM7000. Piawaian tahun itu.

Hantaran dibelanjakan separuh dan lagi separuh bapa mertua saya sedekahkan kepada saya dan isteri. Habis dibelanjakan, saya pun tak ingat dibelanjakan untuk apa. Mas kahwin saya tak pernah tanya pula, samada masih disimpan atau sudah dibelanjakan.

Saya nak kongsi kisah sahabat saya Wan Badri, orang kelantan. Rakan lama kenal di syarikat korporat melayu. Beberapa bulan lepas ada berjumpa dengan Bad. Dulu dia pernah bercerita dengan saya, mas kahwinnya diberi 1 dinar (dinar Kelantan) atau mungkin 2 dinar.

Sudah hampir 10 tahun beliau berumahtangga. Katanya, dinar mas kahwin diberi dahulu masih disimpan oleh isteri. Kalau dijual, saya yakin harganya paling tidak, sudah sekali ganda.

Itulah salah satu kelebihan emas, perpektif manusia terhadap emas ialah “barang berharga yang perlu disimpan”. Berlawanan dengan duit. Kalau ada lebih, pasti nak belanja.

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini