AKAUN GAP JUGA SESUAI UNTUK ANAK (DANA PENDIDIKAN)

pelaburan emas di Malaysia

Salah satu cara mudah mengumpul emas berdikit² ialah dengan Gold Accumulation Program (GAP). Jika konsisten 1 gram 1 bulan, paling kurang setahun sudah boleh keluarkan emas fizikal 10 gram dan masih berbaki 2 gram di dalam akaun.

Kelebihan emas sebagai penyimpan nilai jangka masa lama amat sesuai dijadikan “tabung” untuk masa depan anak² kita, terutamanya sebagai dana pendidikan. Cumanya mungkin tidak ramai yang mampu membeli contohnya 100g sekaligus (sekitar RM18k++)

Zaman saya belajar dulu di UTM, saya berpinjam dengan PTPTN sehingga RM32k. Masa itu pilihan pinjaman terhad kepada MARA, JPA dan PTPTN. Yang mudahnya PTPTN. Cuma ramai yang tak tahu ketika itu interest pinjaman ialah compounding kepada baki yang berkurang. Ibubapa pun kebanyakkan bersangka PTPTN mengenakan interest seperti term loan (cth: loan kereta).

Jadi, jika tidak bayar mengikut jadual bayaran semula, baki semakin bertambah, dikenakan pula interest bertambah lagi baki jika tidak berbayar.

Saya bersyukur kerana dari awal memang saya utamakan bayaran semula PTPTN. Hutang PTPTN saya sudah langsai pada awal tahun 2016, itupun terlewat dari jadual bayaran kerana sambung belajar 6 bulan (tiada punca pendapatan). 

Namun, ramai sahabat saya yang tidak mampu membayar semula PTPTN kerana perbelanjaan bulanan diberikan keutamaan kepada hal lain. Maka bertambahlah baki hutang PTPTN sehingga capai satu tahap sudah tiada motivasi untuk membayar walaupun minima.

Ramai jugalah rakan² saya dengar sudah sampai surat mahkamah atau dibekukan pasport (tidak boleh keluar negara). Tetapi dalam masa yang sama tetap juga cuba membayar sikit².

Melihatkan keadaan sedemikian, saya berazam untuk tidak membebankan anak² saya kelak dengan pinjaman pendidikan. Saya lihat emas boleh dijadikan dana pendidikan untuk masa hadapan dan saya sudah mula mengumpul gram.

Jika anda berkesempatan boleh baca e-book percuma 5 KELEBIHAN MENYIMPAN EMAS SECARA KONSISTEN. Di dalam e-book tersebut ada dilampirkan data sebenar seorang guru, Kak Ita menabung 1 gram 1 bulan untuk dana pendidikan anaknya berserta kiraan kasar peningkatan harga emas yang terkumpul.

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini