AKU PILIH HIDUP MINIMALIS

hidup minimalis

Walau dapat berjuta² ringgit sekalipun, saya tetap pilih hidup minimalis tanpa ropol. Kurang serabut

Kau boleh-lah, gaji pun dalam US Dollar.

Ya betul, ada juga setengah syarikat yang masih membayar upah kerja saya dalam matawang US Dollar.

Seperti kebanyakkan kerja² di offshore, kebanyakkan sudah terlalu spesifik, maka dilabelkan sebagai kerja pakar. Upah kerjanya pun lumayan dan pastinya berkadaran dengan jumlah hari di lautan.

Mestilah bayar lebih kan, kita ni kerja di laut tinggalkan anak bini di darat. Tiada jumlah wang yang boleh menggantikan masa, cuma mungkin wang yang lebih untuk compensate.

Namun saya masih hidup minimalis semacam waktu bekerja di pejabat dahulu. Malah, saya ‘gajikan’ diri sendiri setiap bulan hampir sama dengan gaji lama di darat. Jadi, perbelanjaan pun hampir sama.

Jika ada pelan perbelanjaan dan kita disiplin Insya Allah selamat. Lainlah ceritanya musim tandus, bila job pun kurang.

Masalah utama ramai pekerja freelance oil & gas ialah kuat berjoli bila dapat gaji sekaligus. Dirasakan durian sudah runtuh. Sedangkan kita lupa, kerja freelance bukan kerjanya setiap hari. Ada kerja, adalah gaji.

Hari tak bekerja? Dari duit job lepas lah digunakan untuk menyara hari² mendatang.

Maka saya fikir, hidup minimalis beserta pengurusan kewangan yang baik dapat membantu golongan orang kerja sendiri seperti saya.

*gambar diambil menggunakan smartphone ex-proof bahagian maintenance. Tq

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini