ALIHKAN SIKIT DUIT KE SIMPANAN EMAS

simpanan emas

Emas juga duit, jadi duit itu sebenarnya dialihkan sahaja ke bentuk berbeza iaitu simpanan emas

Pendapat saya, hartanah mungkin merupakan aset terbaik untuk jangka masa yang lama.

Tanah yang diusahakan boleh memberi pulangan ketika musim meraih. Rumah yang disewakan pula mampu memberikan pendapatan bulanan jika direncana dengan baik.

Namun, kedua tanah dan rumah mungkin agak mahal untuk dimiliki. Tambahan pula, mungkin perlu berhutang untuk memiliki sebidang tanah atau rumah.

Alternatifnya, simpanan emas pada pendapat saya juga satu bentuk aset, yang mana boleh disimpan dan dikumpulkan untuk tujuan pelaburan jangka masa lama.

Ada banyak bentuk simpanan dan pelaburan, paling common; ASB, Tabung Haji, Unit Trust, Saham syarikat dll. Saya lebih suka diversify kerana setiap instrumen ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Simpanan tetap ada, cuma bentuknya berbeza, dan bentuk emas fizikal mempunyai beberapa kelebihan berbanding wang kertas.

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini