APA ITU PREMIUM OVER SPOT GOLD PRICE?

Baru² ini ada seorang bertanya.. “Premium over spot gold price tu apa ya?”

Harga market, atau lebih tepatnya “Spot Gold Price” ialah harga apungan emas yang berubah naik dan turun setiap masa berdasarkan pergerakan supply/demand dan faktor² tambahan lain.

Kita harus faham dalam apa jenis perniagaan pun, peniaga mesti nak untung. Kalau emas dijual ikut harga spot market, memang tiada untung, jadi macam mana syarikat nak nak cover perbelanjaan dsb?

Jadi soalnya sekarang, berapa banyak sebuah syarikat tu ambil untung?

Ini kita panggil “premium over spot gold price”. Premium ini biasanya dikira dalam %,

Premium over spot price boleh dikira mengikut formula:

[(Harga Jual – Harga Spot)/Harga Jual] x 100%

Jadi di mana kita nak refer harga spot? Ada banyak website, antara yang saya biasa pakai ialah web kitco.com dan goldprice.org. Untuk lebih mudah lihat, anda klik ke goldprice harga Malaysia (sudah di-set RM/gram);

 

Jadi kita tahu hari ini, 10 Sept 2018, harga bagi segram emas di pasaran spot ialah RM159.78

Dari sini, anda boleh la membuat perbandingan dengan mana² syarikat jualan emas di Malaysia. Untuk contoh kiraan ini, saya ambil harga GAP Public Gold untuk hari yang sama;

 

 

Harga bagi 1 gram emas (GAP) 10 Sept 2018 ialah RM173/g. Jadi premium over spot price boleh dikira;

= [(RM173- RM159.78)/RM173] x 100%

= 7.64%

Jadi kita sebagai pembeli emas bijak harus tentukan sendiri dengan membandingkan harga emas syarikat lain di Malaysia.

 

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini