AZAM TAHUN BARU: SIMPAN EMAS

tahun baru simpan emas

Azam tahun baru simpan emas?

Tahun baru bakal menjelma, musim kalut mencari barangan anak² ke sekolah, saya rasa ramai ibu bapa mungkin tak sempat fikir pun perihal rancangan kewangan tahun depan.

Namun, untuk orang yang kerja tidak tetap macam saya, kita sentiasa mencongak² apakah cukup makan minum keluargaku untuk 3 bulan ke depan atau 6 bulan ke depan atau mungkin setahun ke depan. Jadi, saya sentiasa membuat pelan perbelanjaan tahunan. Ikut atau tidak #2, itu fasa seterusnya; “Bagaimana mendisiplinkan diri mengikut pelan perbelanjaan”

Sewaktu buka booth dulu, pernah seorang brader ini bercerita “Aku ni, jangan nak menyimpan. Nak makan pun kadang terpaksa skip”. Dulu saya tak berapa faham. Dah kalau bekerja, ada gaji ada pelan pebelanjaan mestilah cukup kan?

Nyata salah, sebab sudah beberapa kali berjumpa dengan orang yang mengaku berstatus “miskin bandar

Brader tadi ada berkata, setiap hujung december mesti nak pasang azam tahun baru simpan emas, tapi sudah beberapa tahun nak memulakan simpanan pun susah, antara sebabnya;

  1. Gaji naik setiap tahun, tapi sikit
  2. Tinggal saja di bandar, tapi perbelanjaan asyik meningkat saban tahun tak sepadan dengan kenaikan gaji
  3. Kos belanja sekolah anak² meningkat berkadaran dengan umur anak

Jika sudah ada niat nak mulakan simpanan pun sudah bagus. Jika takut simpanan bocor, cari medium simpanan yang susah untuk buat pengeluaran (mengikut pengalaman saya);

  1. ASB – Ikut saja bajet yang ada
  2. Takaful simpanan – Kena tanya ejen takaful lah pakej perlindungan + simpanan apa yang sesuai dengan bajet
  3. Emas Fizikal – boleh mulakan serendah RM100

Saya selalu berazam tahun baru simpan emas 1 kilo dalam simpanan. Jadi, kebetulan di Public Gold Sunway ada seketul..

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini