BAGAIMANA MEMPEROLEH UNTUNG DENGAN MENJUAL EMAS

Foto: Akmal Yaacob, Dealer Public Gold

Dalam kategori 3 pembeli emas, posisi sebagai peniaga emas yang pada pendapat saya sentiasa untung jika beli atau jual emas. Ini khusus jika anda seorang Dealer/Ejen Public Gold.

Sebelum ini saya ada berkongsi kelebihan menjadi Dealer/Ejen Public Gold. Hari ini saya ingin kongsi maklumat tambahan bagaimana membuat keuntungan dengan menjual emas Public Gold di pasaran runcit (retail) tanpa anda perlu menjadi Dealer.

Boleh dijadikan pendapatan sampingan. Ikuti langkah MUDAH di bawah;

  1. Buka akaun GAP Public Gold, jika rasa susah, hubungi saya untuk bantuan. Sebagai contoh kiraan kita anggap anda membuat belian sebanyak 11 gram (1 gram baki minima diperlukan untuk akaun kekal aktif)
  2. Hari ini harga emas RM190/gram. Untuk keluarkan emas 1 gram ini dari akaun GAP, anda perlu membayar tambahan premium RM5. Jadi jumlah kos anda ialah RM195/gram. Jumlah premium perlu dibayar untuk 10 x 1 gram = 10 x RM5 = RM50
  3. Rujuk website Public Gold, anda akan dapati harga retail rekomendasi 1 gram emas ialah RM215
  4. Jadi anda ada margin sekitar RM215 – RM195 = RM20, jika harga emas menurun, margin anda akan bertambah
  5. Anda ada 10 x 1 gram untuk dijual, bermakna keuntungan yang boleh diperoleh 10 x RM20 = RM200
  6. Duit ini anda boleh simpan buat modal untuk belian yang lebih besar dan seterusnya membuat belian emas untuk jadi Dealer/Ejen Public Gold (rujuk website/facebook Public Gold untuk info terkini promosi menjadi Dealer)
  7. Ada banyak lagi kelebihan menjadi Dealer, seperti yang saya kongsikan dalam e-book 6 KELEBIHAN MENJADI DEALER PUBLIC GOLD

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini