BAYAR SAMAN POLIS DENGAN DANA KECEMASAN

bayar saman polis

Aduh kena saman pula! Cepat² bayar saman polis sementara masih boleh kompaun

Kali terakhir saya disaman polis sekitar tahun 2015 – kesalahan parking kereta di bahu jalan. Sederet kereta disisipkan saman, maklum saja pasar Ramadhan ramai yang membeli juadah, parking pula sangat terhad.

Semalam saya kena surat kerana kesalahan tidak menggunakan lorong motosikal (LDP tol puchong). Memang sudah jadi tabiat jika lalu situ potong terus ke tol, laluan motosikal pusing jauh.

Mak selalu bising kalau surat sampai rumah (IC masih alamat rumah Mak) Mana taknya, jika 1 saman RM80 – RM150, kalau 5 – 10 keping, jumlahnya boleh rebah juga. Takkan nak tunggu diskaun PDRM?

Sebaiknya selesaikan terus ketika saman masih boleh dikompaun (14 hari). Pada saya, saman adalah kategori “unexpected expenses”. Bukan lah kita sengaja nak melanggar undang² jalan raya, tetapi kadang² kita lupa dan leka, kan?

Nak bayar saman polis pakai duit, jika terlepas tempoh kompaun bertambah pula. Itu lah salah satu kegunaan tabung kecemasan; untuk “unexpected expenses”.

Duit dah ada, bayar saja saman. Jauhi rasuah. Terbaiknya, patuhilah undang² jalan raya, confirm tak kena saman 😁

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini