BERBALOIKAH BIKIN KERETA?

bikin kereta

Lain orang lain hobi. Orang main golf, saya bikin kereta

Janji puas (kononnya). Tapi mahal sungguh nak capai kepuasan.

Dulu saya bawa Proton Savvy, beli 2nd hand dalam RM24k (installment dalam RM400) pada tahun 2008. Kegunaan utama ialah untuk bawa seharian, Gelang Patah – Singapura – Gelang Patah

Selepas 2 tahun berkhidmat, kura² hitamku kaput – Enjin overheat

Long story short, kekaputan ini lah menjadi titik permulaan evolusi kura² hitamku. Dari enjin renault 1.2L, diberikan nafas baru enjin 4EFTE. Nadi turbo dari Toyota Starlet GT.

Jumlah kos modifikasi bikin kereta, kiraan asal RM6k terlajak jadi RM10k. Mahal sungguh hobi baru. Tak cukup dengan enjin, sistem saspensi juga ditukar, begitu juga dengan sistem ekzos. Hampir setahun tempoh modifikasi, termasuk endorsement JPJ.

Seronok memang seronok, Myvi dengan enjin YRF masih boleh dicicirkan. Kancil turbo? 5 tiang juga di belakang.

Saya kekalkan ‘standard modified’, kerana takut 1) tambahan peralatan lain dikhuatiri tidak sesuai 2) makan kos lagi

Namun, cubaan untuk tidak menambah kos jauh meleset. Dah namanya pun enjin half cut, maksudnya barang terpakai. Selepas 2 tahun melaram, mulalah kura² buat perangai.

Sikit² rosak, ada saja barang perlu diganti. Ada juga kura² breakdown sehingga perlu ditunda. Kalau sekali dua tak apa, ini setahun sampai 2 – 3 ditunda. Bini sudah mula bising.

Tabung maintenance kereta makin susut. Rencana asal untuk kekalkan kos pada paras minima. Memang tak lah! Kereta kalau sudah modified, nak pula pakai barangan terpakai – tiada gerenti ketahanannya.

Akhirnya tahun 2014 saya ambil keputusan untuk jual. Malang sungguh, kereta tiada value, nak pula Proton Savvy. Paling bagus harga saya dapat harga trade in RM2.5k. Hutang masih berbaki RM4k. Kos belanja modifikasi memang saya sudah anggap sedekah jariah.

Mujur adik seorang mekanik, rakan adik yang juga mekanik sanggup mengambil kura² hitam pada harga RM5k pada tahun 2015. Saya fikir, takpa lah. Asalkan boleh selesaikan hutang dengan bank.

Kos modifikasi + masalah, saya congak paling kurang RM20k! Hangus

Adakah seronok? Ya!

Adakah berbaloi? Tidak (pendapat saya lah)

Jika anda rasa ingin berkecimpung dalam industri permotoran, saya cadangkan cari yang boleh menjana pendapatan tambahan – jadi pro driver, pro drifter dan seangkatan

Kalau nak beli kereta 2nd hand, cari yang ada resale value. Kalau boleh cari kereta yang biasa, maintenance rendah dan terbukti lasak. Kalau mampu, beli saja cash (tak perlu berhutang).

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini