BERBALOIKAH MELABUR EMAS ?

berbaloikah melabur emas

Baru² ini saya ada mengeteh dengan seorang sahabat lama yang berniaga nasi kukus di Kulim. Beliau bertanyakan perihal melabur emas. Cerita panjang jadi pendek, beliau bersetuju dengan “simpanan emas sesuai dijadikan medium pelaburan jangka masa yang lama”

Saya berkongsi dengan beliau sejarah harga emas setahun, 5 tahun dan 10 tahun. Untuk simpanan emas sehingga 10 tahun, harga emas mencapai peningkatan nilai sehingga 124%. Jadi berbaloikah untuk melabur emas? Untuk saya, berbaloi. Jika dipuratakan, setahun peningkatan nilai sehingga 12.4%. Emas pula kalis inflasi, kekayaan itu dalam tangan sendiri.

Soalnya, sanggupkah seseorang itu menunggu lama bagi meraih keuntungan sebanyak itu?

Selalunya orang akan membuat perbandingan dengan ASB dan Tabung Haji, juga bentuk mekanisma pelaburan jangka masa panjang.

Bagi saya, tidak kisah pelaburan itu diadakan untuk apa, yang penting kita sebagai pelabur harus tahu matlamat pelaburan kita untuk apa. Selepas itu baru tentukan bentuk pelaburan yang sesuai dengan diri sendiri. Saya sendiri ada beberapa portfolio simpanan dan pelaburan. Duit juga perlu ada, cuma saya lebih selesa simpan di Tabung Haji kerana simpanan sudah dizakatkan, dan pulangannya juga sudah tentu dari aktiviti pelaburan patuh syariah.

Yang penting, self check dulu sebelum memulakan apa² pelaburan. Jangan nanti nak melabur tapi jadi melebur.

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini