BERHATI² DENGAN HIBAH EMAS

hibah emas

Semasa saya buka booth di Shaftsbury Square, Cyberjaya saya didatangi seorang lelaki yang berkongsi pengalamannya membeli emas dalam jumlah yang banyak dari sebuah syarikat beberapa tahun dahulu.

Beliau tertarik dengan konsep ‘beli emas, dapat hibah emas (untung) bulanan’.

Walaupun definisi hibah itu benar, yakni pemberian ikhlas oleh sesiapapun kepada kita, namun kita jangan sesekali begitu mudah dengan perangkap kosa kata scammer, terutamanya yang berpaksikan terma dan kata berbunyi islamik.

Setelah beliau melabur dan peroleh hibah, beliau lebih tertarik dan melabur lagi. Dikisahkan belian beliau dan sahabatnya telah mencecah ratusan ribu ringgit.

Malang sekali setelah beberapa bulan, syarikat tersebut dihentikan operasi dan kesemua emas fizikal dalam simpanan syarikat disita pihak berkuasa kerana operasi mereka tidak mengikut syarat dan ketetapan Bank Negara.

Mujur juga ada sedikit emas dalam simpanan beliau ketika di awal pelaburan beliau, setelah dijual semula beliau menganggarkan masih kerugian puluhan ribu ringgit (mungkin emas ber-spread besar). Rakan beliau dikhabarkan menanggung kerugian berkali ganda.

If it’s too good to be true then it’s not.

Saya selalu berpegang kepada prinsip ini. Perlu ingat, dalam membeli emas fizikal urusannya sangat mudah sekali;

  1. Emas ditawarkan pada harga tertentu
  2. Pembeli setuju dengan harga dan membayar harga emas ditawarkan
  3. Emas bertukar tangan dan menjadi milik pembeli

Tiada imbuhan, tiada dividen, tiada pulangan bulanan. Yang ada, peningkatan nilai emas dalam jangka masa yang lama. Bila dijual, baru peroleh hasilannya.

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini