BETUL KAH ADA STUDENT SIMPAN DUIT?

student simpan duit

Sejak menjadi dealer emas Public Gold, sudah banyak dealer lain yang saya kenal adalah pelajar universiti. Rata² menjadi dealer dengan mengalihkan simpanan mereka ke emas. Kagum, kerana wujud kaum student simpan duit di zaman sekarang.

Dulu zaman saya student usahkan nak menyimpan emas, nak simpan duit pun susah. Nak kata joli sakan tu tak sangat, sebab asalkan cuti semester sahaja, saya akan bekerja di site buat jalan untuk tambah duit belajar.

Saya rasa dealer student sangat hebat kerana di usia mudah sudah didedahkan dengan simpanan emas di awal usia. Zaman saya student, banyak dipenuhi dengan gig punk rock (main band dulu)

Bila sudah masuk ke alam pekerjaan, saya agak mereka ini mempunyai “money management” yang baik.

Ramai kawan saya yang masa mula bekerja dahulu “terkejut” bila ada gaji sendiri. Banyak kawan yang overspending, terutamanya yang beli kereta mahal. Bila nak kahwin sampai terpaksa meminjam bank. Anak dah 2 – 3 pun hutang belum langsai.

Anda seorang student? Jemput hadir ke seminar emas percuma Public Gold. Lihat kiri dan kanan anda. Saya yakin tidak kurang 3 – 5 orang yang hadir ada student seperti anda 👍

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini