BIARKAN CARTA EMAS BERBICARA

Kalau di sekolah dulu, kita diajar asas untuk mendeduksi graf atau carta. Sama juga dalam pelaburan emas, kita juga hendaklah sentiasa mendeduksi carta emas untuk melihat pergerakan market, supaya kita dapat memaksimakan keuntungan.

Kalau Bos saya dulu dia kata, “Biar tak Untung, Jangan Rugi”.

Di bawah saya sertakan carta sejarah harga emas sekadar rujukan, saya tukarkan ke RM/g untuk kesenangan pembaca. Ingin saya ingatkan, bila merujuk harga emas kena sentiasa lihat harga dalam USD/oz. Ini kerana harga emas dalam RM/g bergantung kepada kekuatan membeli RM itu sendiri. Lagi jauh USD tinggalkan RM, lagi mahal-lah harga emas.

Cuba kita buat contoh pengiraan, ambil yang senang iaitu harga awal dan harga akhir dalam carta. Sekadar memuaskan hati masing². Ini hanyalah kiraan mudah, saya tidak ambil kira premium over spot price, premium syarikat, spread value etc.

Carta harga emas 1 tahun:

gold_1_year_g_myr

Harga mula RM145/g, Harga akhir sekitar RM168/g

Jumlah kenaikan harga emas = (RM168-RM145)/RM145 x 100% = 15.8%

Pulangan yang menarik?

Kita tengok pula carta sejarah 5 tahun:

gold_5_year_g_myr

Harga mula RM180g, Harga akhir sekitar RM168/g

Jumlah kenaikan harga emas = (RM168-RM180)/RM180 x 100% = -6.7%

Harga emas dalam sejarah paling tinggi dicatatkan pada tahun 2012. Ramai yang membeli ketika ini sampai sekarang rasa marah kerana dalam fikiran, “Emas tak mendatangkan keuntungan!”

Kita tengok pula carta sejarah 10 tahun:

gold_10_year_g_myr

Harga mula sekitar RM75/g, Harga akhir sekitar RM168/g

Jumlah kenaikan harga emas = (RM168-RM75)/RM75 x 100% = 124%

Wah! Pulangan lumayan. Tapi sanggupkah tunggu 10 tahun? Penyimpan tegar memang menyimpan emas lama. Kalau tak, orang tua² dulu tak sibuk beli emas perhiasan

Apa yang kita dapat simpulkan di sini?

  1. Emas penyimpan nilai yang baik, walaupun harga spot sentiasa berubah naik dan turun. Bila disimpan lama, tetap untung. Carta pun dah tunjuk, harga emas sentiasa MENINGKAT secara keselurahan
  2. Merujuk kepada kategori pembeli emas, jika kita sebagai Penyimpan, tak kisah harga rendah atau tinggi, pembelian emas secara konsisten menambahkan jumlah berat simpanan emas. Berat bertambah, nilai bertambah di kemudian hari (dalam kes ini, kemudian tahun). Selain itu, pembelian berterusan membolehkan kita mendapat harga purata per gram yang lebih baik.
  3. Jika kita sebagai pelabur, kita hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu membaca pergerakan emas. Dari situ kita boleh utilise maklumat pergerakan harga emas iaitu membeli ketika harga rendah dan menjual ketika harga tinggi. Untung!

Saya sudah kongsikan graf harga emas 1 tahun, 5 tahun dan 10 tahun di sini. Sekadar perkongsian dengan harapan dapat membantu anda menilai sendiri sejauh mana kebolehan emas dijadikan salah satu portfolio simpanan anda. Semoga bermanfaat!

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini