Arkib

Tags

  • Home
  • Umum
  • BUFFET RAMADHAN, KEPERLUAN ATAU KEHENDAK
buffet ramadhan
InUmum

BUFFET RAMADHAN, KEPERLUAN ATAU KEHENDAK

Bulan Puasa menjelma, sinonim dengan itu menjelmalah buffet Ramadhan di kota..

Seawal bulan Ramadhan sudah keluar kempen iklan buffet merata². Puasa baru saja beberapa hari.

Di persimpangan jalan utama pula sana sini banting sudah dinaikkan, banyak hotel menyediakan bufet Ramadhan. Ada kambing golek lagi.

Dan sudah menjadi trend rakyat Malaysia khususnya warga kerja ofis untuk menikmati juadah berbuka secara buffet dan harga paling mahal saya pernah lihat mencecah RM88 sekepala.

Soalnya, berapa banyak sangat makanan yang boleh kita sumbat waktu berbuka? Sudahnya, banyak makanan yang dibazirkan tidak dimakan, atau yang paling sedih jamah sikit dan tidak dihabiskan.

Mungkin juga sebab bufet itu dibayar oleh orang lain, jadi kita tidak kisah.

Masih ramai di luar sana yang terpaksa “skip makan” sebab keperitan hidup. Tak perlu tengok ke luar negara, rakyat kita sendiri ramai yang susah.

Jadi, sentiasalah kita beringat. Jika tiada keperluan saya kira tak perlu pun ke buffet Ramadhan.

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini