CARA PAJAK EMAS DI POS AR-RAHNU

Saya memerlukan sekitar RM1200 utk mengembangkan bisnes saya, jadi saya mengambil keputusan memajak emas untuk mendapatkan pinjaman. Kebetulan juga saya nak belajar cara² memajak emas.

Jadi kali ini saya kongsi pengalaman cara pajak emas di Pos Ar Rahnu baru² ini.

Pada pendapat saya, memajak emas untuk pinjaman ada baik dan buruknya.

Saya ke Pos Ar Rahnu Bangi untuk memajak 10g emas Public Gold. Memandangkan Pos Ar-Rahnu ialah rakan bisnes Public Gold, saya rasa pasti mudah urusan di sini

Maklumat lanjut Pos ArRahnu di sini

arrahnu-2

Pastikan bawa IC anda. Pegawai Pos Ar Rahnu yg mesra pelanggan memberikan penerangan yang sangat jelas bagaimana mahu memajak emas.

Saya perkenalkan diri sebagai seorang dealer Public Gold dan pegawai Pos Ar Rahnu berbaik hati membenarkan saya mengambil gambar bagi tujuan perkongsian info ini.

Harga emas 999 harian yang dipaparkan ialah RM171.10/gram. Ketika ini harga PG BUY utk 10g ialah RM1712. Wah! Tak lari jauh.

arrahnu-3

Nilai marhun emas 10g dinilaikan RM1710.10 Pos Ar-Rahnu menawarkan 75% pinjaman tanpa faedah sebanyak RM1282.00 Memang sesuai dengan target saya!

Emas Public Gold tak perlu diuji (tak buka seal)

Jika emas lain, Pos Ar Rahnu akan buka seal, ujian asid, ujian gosok dan ujian ketumpatan dengan alat densimeter. Emas pakai/perhiasan ada ujian tambahan iaitu ujian kemagnetan.

Saya dikenakan upah simpanan sebanyak RM0.85 bg setiap RM100. Jadi jumlah upah simpan saya perlu bayar ialah RM86.52 termasuk GST bagi tempoh pajakan 6 bulan.

Jika saya tak boleh bayar semula pinjaman atau tebus semula emas, Pos Ar Rahnu menawarkan lanjutan pajakan selama 6 bulan lagi. Saya hanya perlu bayar tambahan upah simpan. Upah simpan boleh dibayar bila-bila sepanjang tempoh pinjaman atau boleh membuat bayaran bulanan.

Jumlah maksimum pinjaman ialah RM50k bagi satu transaksi, atau RM150k bagi jumlah keseluruhan pajakan.

arrahnu-4

Selesai semua urusan, saya dinasihatkan double check semua butiran dalam surat pajak dan turunkan tandatangan beserta stamp cap jari kiri.

Terus dapat duit!

Cuma saya ada mencadangkan supaya ada alternatif pinjaman ini disalurkan ke akaun pemajak. Yelah, andai kata kita memajak emas untuk dapat RM10k, agak seram juga nak bawa duit sebanyak tu keluar.

Mujur Maybank bersebelahan, jadi saya terus ke sana dan masuk duit ke CDM.

Alhamdulillah selesai!

Duit dah ada, tapi kita perlukan PLAN utk menebus semula emas. Nama pun modal pusingan, harapnya dengan keuntungan perniagaan boleh lah tebus semula emas 10g saya ni 😁

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini