CARA SIMPAN DUIT KAHWIN

cara simpan duit kahwin

Ada cara simpan duit kahwin yang mudah?

Dulu masa nak kahwin, duit tak cukup pun. Tapi bila tiba masa untuk kahwin boleh pula cukup duit kan? Pernah tak tertanya, macam mana cara simpan duit kahwin boleh cukup, hairan kan?

Biasanya bila dah confirm nak kahwin, secara tak sedar mindset kita lelaki dah set, macam mana pun kena cari duit bagi cukup. Macam² lah yang kita buat, paling nampak time tu apa pun semua nak jimat! Masa tu lah baru saya belajar buat excel perbelanjaan bulanan, sebab asalnya buat excel perbelanjaan perkahwinan dahulu. Tak nak duit bocor terbelanja tak nampak ke mana.

Elemen yang penting ketika itu ialah disiplin. Iaitu “kepaksaan” terhadap diri untuk menabung. Eh, boleh saja kan setiap bulan letak tepi sekitar RM200-300 untuk tabung belanja kahwin. Masa tu muda, kerja pun baru sangat lagi. Mujur keluarga faham dan “top-up” juga apa yang patut. Keluarga isteri pula tak letak duit hantaran tinggi sangat.

Selamat!

Dahulu saya tidak tahu ada simpanan emas fizikal. Pada pendapat saya simpanan emas ini satu bentuk “tabung kepaksaan” paling efektif! Contoh dengan tabungan 1 gram 1 bulan, pada harga sekarang sekitar RM180 jika kita konsisten menyimpan setahun atau dua paling tidak sudah ada 12 – 24 gram dalam tangan. Boleh jadi salah satu cara simpan duit kahwin, malah boleh juga dijadikan mas kahwin.

Emas susah nak dibelanjakan sebab naluri manusia sendiri, ada duit nak joli, ada emas nak simpan (sayang kot!) Bila sudah capai target, baru kita jual. Dalam kes simpanan emas 24 bulan pada harga purata RM180, saya anggarkan sekitar RM5,000 boleh terjual (setelah tolak spread dan mengambil kira % kenaikan harga tahunan)

Jadi, kalau ada yang nak kahwin tu boleh juga consider emas sebagai “tabung paksa untuk belanja kahwin”.

Selamat Berjaya dengan tips cara simpan duit kahwin ini

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini