fbpx

DI MANAKAH KEKUATAN EMAS?

Kekuatan emas

Semua orang tahu emas bersifat mulur, mudah dibentuk. Jadi di manakah kekuatan emas sebenar?

Pada harganya kah? Atau pada kilaunya?

Sebagai penyimpan emas, saya berpendapat kekuatan emas itu pada beratnya, kerana berat itu yang menyimpan nilai, dan masa menentukan nilai.

Beza dengan duit kertas, ia bernilai kerana tertulis “wang ini sah diperlakukan”. Masih ingat duit kertas seringgit lama? Bila Bank Negara gazetkan duit itu ditamatkan pengedaran, terus HILANG NILAI.

Tetapi emas adalah barangan fizikal. Ia punya nilai intrinsik. Ada harga tersendiri, ada kekuatan pada keberatan.

*nota: duit seringgit lama harganya mungkin lebih dari seringgit di mata pengumpul numismatik 

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini