DI MANAKAH TEMPAT TERBAIK JUAL SEMULA EMAS?

Foto: Koleksi emas lama Public Gold oleh Khairulfaiz Misran, Dealer Public Gold (Sri Kembangan)

Anda sudah menyimpan emas dan harga sekarang sesuai untuk dijual (untuk meraih untung) tetapi anda keliru di mana hendak menjual emas anda?

Jawapan mudah: Jual semula emas di tempat yang anda beli.

Contoh jika anda membeli gelang dan rantai emas dari Poh Kong contohnya, jual semula ke Poh Kong untuk mendapatkan harga terbaik.

Harus diperhatikan setiap peniaga emas mempunyai harga jual dan harga beli. Beza harga ini pula dinamakan spread. Kebiasaannya jika beli contohnya di Poh Kong dan nak jual semula di Habib Jewel, harga belian semula kebiasaannya rendah. Rugi!

Jika emas yang dijual ialah emas perhiasaan, anda juga harus menyediakan resit asal belian. Ini sebenarnya bagi kedai mengambil kira sekali “upah tukang” yang dikenakan sebelumnya.

Untuk urusan sebegini sebaiknya membeli emas berbentuk pelaburan contohnya bentuk jongkong dan syilling. Spreadnya lebih rendah berbanding emas perhiasan.

Public Gold juga menawarkan jaminan 100% belian semula bagi kesemua produknya. Spread yang dikenakan juga sangat kecil! Sebagai rujukan lihat harga PG BUY. Dan paling menarik, anda tidak perlu membawa resit asal belian.

Untuk produk non-LBMA pula spread yang dikenakan sedikit tinggi, sekitar 10%. Anda perlu merujuk website Public Gold khususnya produk Bunga Mas dan Tai Fook.

Memandangkan Public Gold juga seperti kedai emas yang lain, emas dari syarikat lain juga boleh dijual di Public Gold. Bagi emas pelaburan bentuk jongkong dan syilling kebiasaannya spread yang dikenakan ialah mengikut emas Public Gold non-LBMA

Emas dari jenis perhiasaan atau bentuk lain pula harus diuji ketulenan dan harga belian berpatutan akan ditawarkan.

Jadi, jika anda ada emas untuk dijual semula, sila semak senarai cawangan Public Gold di seluruh Malaysia yang berhampiran dengan anda. Untung² dapat harga jual semula yang tinggi!

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini