DILEMA GAJI

Jika
Gaji = Simpanan + Belanja;

Senario A

Gaji naik, adakah Simpanan atau Belanja yang naik? Atau keduanya?

Senario B

Gaji sama, Belanja naik (belanja dapur meningkat, belanja ke kerja pun meningkat dsb). Adakah Simpanan dikurangkan? Atau tiada langsung simpanan?

Senario C

Gaji sama, Belanja dikurangkan (mencari jalan berjimat sana sini). Adakah Simpanan ditambah?

Rasanya, kalau di KL ramai yang jatuh dalam Senario B. Ada sahabat saya yang terpaksa batalkan insuran, kerana sudah tidak mampu. “Miskin Bandar” katanya. Sedih saya dengar terutama bila terkenangkan anaknya yang 3 orang.

Ada pula yang masih tegar dengan memberikan keutamaan kepada simpanan, diadakan tabung hijau dan oren.

Bagus jika boleh dari B ke C

Sehingga sekarang saya masih cuba mengurangkan Belanja. Memang tak senang! Tips berjimat? Saya pasti anda juga sudah banyak membuat research tips berjimat di google.

Satu perkara saya nak anjurkan, apa kata jika

Gaji = Simpanan + Belanja

Ditukarkan kepada;

Gaji + Pendapatan Tambahan = Simpanan + Belanja

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini