EMAS BOLEH BANTU ORANG BERSTATUS BANKRAP

Foto: Compare Hero

Bulan lepas ada seorang kenalan lama menghubungi saya, katanya beliau ingin membeli emas untuk menggantikan simpanan emas beliau. Khabarnya beliau telah diisytiharkan muflis beberapa tahun lepas. Kerana apa saya tidak bertanya pula, hal peribadi.

Sambil bercerita tentang akaun Gold Accumulation Program (GAP), beliau pula berkongsi kisah bagaimana emas membantu beliau dalam mengharungi hidup;

Selepas diisytiharkan bankrap, kesemua akaun beliau dibekukan – akaun bank, Tabung Haji, ASB.

Walaubagaimanapun, Jabatan Insolvensi Malaysia membenarkan beliau membuka akaun baru (bersyarat), namun tempoh mendapat kebenaran ini memakan masa, jadi bagaimana beliau mahu belanja harian dan sebagainya?

Dengan emas – hampir kesemua emas perhiasan beliau digadaikan dan dijual bagi menyara kehidupan dan perniagaan

Kelebihan emas khususnya emas fizikal untuk orang yang diisytihar bankrap;

  1. Jumlah emas dalam tangan tiada siapa pun tahu. Emas unik dan jumlahnya tidak direkod dalam sistem kewangan dan perbankan (kecuali emas Gold Investment Account – GIA dan se-angkatan). Malahan, kenalan lama saya ini tidak ada masalah pun menggadaikan emas beliau untuk mendapatkan pinjaman. Ar-Rahnu tiada rekod status bankrap.
  2. Tiada masalah membeli dan menjual emas, walaupun tidak boleh membeli dan menjual hartanah dan kereta

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini