EMAS BOLEH BANTU ORANG STATUS BANKRAP

status bankrap

Siapa yang mahu dirinya status bankrap kan?

Bulan lepas ada seorang kenalan lama menghubungi saya, katanya beliau ingin membeli emas untuk menggantikan simpanan emas beliau.

Khabarnya beliau telah diisytiharkan muflis beberapa tahun lepas. Kerana apa saya tidak bertanya pula, hal peribadi.

Sambil bercerita tentang akaun Gold Accumulation Program (GAP), beliau pula berkongsi kisah bagaimana emas membantu beliau dalam mengharungi hidupnya;

Selepas sah status bankrap, kesemua akaun beliau dibekukan – akaun bank, Tabung Haji, ASB.

Walaubagaimanapun, Jabatan Insolvensi Malaysia membenarkan beliau membuka akaun baru (bersyarat), namun tempoh mendapat kebenaran ini memakan masa, jadi sementara ity bagaimana beliau mahu belanja harian dan sebagainya?

Ya, dengan menjual dan memajak emas – hampir kesemua emas perhiasan dalam simpanan beliau digadaikan dan dijual bagi menyara kehidupan dan perniagaan.

Kelebihan emas khususnya emas fizikal untuk orang yang diisytihar bankrap;

  1. Jumlah emas dalam tangan tiada siapa pun tahu. Emas adalah unik yang mana jumlahnya tidak direkod dalam sistem kewangan dan perbankan (kecuali emas Gold Investment Account – GIA dan se-angkatan). Malahan, kenalan lama saya ini tidak ada masalah pun menggadaikan emas beliau untuk mendapatkan pinjaman. Ar-Rahnu tidak menyimpan rekod orang yang diisytihar muflis
  2. Tiada sekatan untuk orang muflis untuk membeli dan menjual emas.

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini