EMAS LIMITED EDITION

emas limited edition

Emas Limited Edition

Bagi mereka yang dalam kategori 4, salah satu item pencarian pastinya item stop production, iaitu emas dari siri┬▓ limited edition.

Contoh di Public Gold, gold bar 1 gram edisi zodiak ‘monkey’ dan ‘goat’ sudah berhenti pengeluaran. Tetapi, masih ada orang yang menjual di pasaran internet.

Harganya, kebiasaan lebih mahal dari harga jualan standard Public Gold (sekarang jualan retail RM215). Ambil saja contoh item gold bar ‘goat’ ini. Saya menunggu lama untuk mencari penjual yang menawarkan pada harga tidak terkejut jantung.

Harga terkejut yang saya pernah saya lihat mencecah RM350 (bernombor siri cantik) Tak sempat bertanya pun kepada penjual, sudah terjual kepada pembida tertinggi.

Jadi, selain dari teknik biasa “beli ketika harga rendah, jual ketika harga mahal”. Anda juga boleh menyimpan emas edisi khas dan jual semula ketika sudah stop production. Pasti ada pembeli/collector yang mencari.

Contoh sekarang, item gold bar rooster. Keluarkan beberapa keping dari akaun GAP dan simpan. Mungkin suatu hari boleh jual sekeping pada harga terkejut jantung juga ­čśü

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini