fbpx

EMAS STOK TAK LUPUT

stok tak luput

Sifat emas yang lengai dan tidak reaktif kepada persekitaran, menjadikan emas komoditi terbaik untuk dijual beli kerana jika disimpan lama pun, ia adalah stok tak luput

Semasa saya bekerja di kilang meter dulu, salah satu ayat keramat Bos ialah; “Stock on shelves is Cost”. Kalau produk tidak keluar mengikut jadual memang berjam-lah dalam meeting room.

Sebab itu kita lihat bila hujung tahun, banyak shopping mall akan buat sale, harga dipotong sehingga ada yang mencecah 70%. Rata² gudang akan cuba clear-kan stok.

Ada setengah jenis stok, contohnya makanan pula ada shelf life. Mungkin 6 bulan mungkin setahun dan mungkin lebih. Bila sudah tamat tempoh nilai stok itu ialah “0”. Tidak selamat dimakan, maka tidak boleh dijual. Nilai yang  “0” bererti kos penuh di dalam buku kira

Kalau anda ke Ikea ada pula satu bahagian “as is”. Barangan yang reject atau rosak; kemek sikit sana sini. Barangan ini masih boleh dijual dan orang ramai pula ada yang membeli. Kerana harganya sudah dikurangkan. Ada yang sehingga 50%. Ada setengah tempat kalau barangan reject langsung tidak boleh dijual.

Namun, bila berniaga emas, mindset perlu buat adjustment, terutamanya dalam hal pemegangan stok. Emas adalah stok tak luput.

Saya ada simpan sikit stok emas untuk dijadikan “marketing material” dan juga jika ada customer yang mahu membeli secara tunai. Jadi lebihg mudah bercerita jika ada emas dalam pegangan.

Sentuh & Rasa

Bila dah nampak dan pegang baru lah dapat idea dan gambaran rupa jongkong/syilling emas. Tapi biasalah, tak semestinya dah pegang itu terus nak membeli kan? Maka stok itu terus disimpan semula.

Berbeza dengan barangan lain, emas simpan lama pun tiada masalah kerana tiada tarikh luput. Harga runtuh? Biasanya harga emas meningkat setiap tahun. Emas bengkok, patah, rosak? Tiada masalah, setakat ini masih boleh terjual, paling tidak sebagai sekerap emas

Untung tak berniaga emas?

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini