fbpx

FAHAMI RISIKO PELABURAN EMAS

risiko pelaburan emas

Seorang yang berminat dengan emas hendaklah memahami dahulu risiko pelaburan emas

Bila dengar orang bercerita memang yang indah sahaja, yang tak best biasanya orang simpan, ish malulah cerita. Jadi kali ini saya cuba mengupas sedikit sebanyak mengenai segitiga pelaburan emas agar anda semua lebih faham mengenai faedah dan risiko dalam pelaburan emas.

Cuba kita lihat segitiga pelaburan emas di atas. Secara amnya, risiko pelaburan emas semakin meningkat mengikut kategori dari bawah ke atas;

Perlindungan; Emas fizikal yang disimpan di tangan contohnya jongkong emas, dinar emas

Emas merupakan aset fizikal berharga. Setiap negara pasti ada menyimpan emas sebagai rizab. Aset fizikal ini bersifat kekal lama, jadi tidak hairan ramai yang menyimpan emas fizikal ini sebagai pelindung aset dan pelaburan jangka masa lama. Emas kategori ini mempunyai risiko pelaburan rendah, melainkan anda join skim cepat kaya

Simpanan; Emas fizikal, allocated/unallocated gold account contohnya; gold accumulation program Public Gold, sijil emas

Simpanan emas jenis ini kelihatan ‘maya’ dan risikonya pasti ialah kewujudan logam berharga ini dan kebolehan untuk kita sebagai penyimpan atau melabur meng-aksesnya. Tambahan pula, sebagai umat islam perlu emas itu wujud dalam urusan jual beli. Nak mudah, carilah syarikat yang sudah ada sijil patuh syariah.

Pelaburan; ETF (Exchange Traded Comodities), saham emas syarikat

Pelaburan emas ETF (Exchange Trade Commodities) di Malaysia, kini sudah banyak yang syariah komplian dan di dagang di Bursa Malaysia. Dana saham yang didagangkan di jamin oleh emas fizikal (biasanya dengan cara allocated gold account). Namun, seperti mana pelaburan risiko rendah lain, perlu juga pengawasan pelabur jika mahukan pulangan maksima. Jika tidak, asyik margin call + broker fee, menangis.

Spekulasi; Pasaran kehadapan (Gold Futures)

Pelaburan ini merupakan yang paling berisiko, kerana impaknya besar – samada untung mahupun rugi. Secara amnya, seorang pelabur akan membeli emas pada harga masa depan, sekarang, dengan kadar leverage bersesuaian.

Untuk memastikan pembeli itu untung, mereka akan membuat spekulasi belian/jualan (biasanya market movers). Jadi sejauh mana spekulasi ini menentukan harga tertentu masa hadapan, iaitu penentu samada untung atau rugi bila dijual

Untuk kategori Pelabur, apapun seseorang itu perlu melengkapkan diri terlebih dahulu dengan ilmu membaca carta, analisa pergerakan harga dll.

Analisa Teknikal sangat perlu jika mahu jadi pelabur macam sifu Gaban

Jadi, mungkin anda baru nak bermula nak membeli emas, tentukan dahulu posisi anda samada seorang Penyimpan, Pelabur, atau Peniaga.

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini