fbpx

FAKTOR MEMPENGARUHI HARGA EMAS (BAHAGIAN 1)

faktor mempengaruhi harga emas

Terdapat banyak faktor mempengaruhi harga emas dunia, jadi baiknya kita bahagikan kepada beberapa bahagian yang kecil untuk lebih mudah difahami. Bahagian 1 – Supply vs Demand

Jika kita lihat pasaran spot emas, dapat diperhatikan harganya sentiasa berubah² kan? Terdapat banyak faktor penentu pergerakan harga ini, salah satu faktor mempengaruhi harga emas dunia ialah supply vs demand.

Permintaan dunia terhadap emas boleh dibahagikan kepada 5 kategori iaitu:

  1. Industri
  2. Kegunaan simpanan atau pelaburan fizikal
  3. Permintaan dari bank pusat untuk dijadikan rezab simpanan
  4. Barang perhiasaan
  5. Kegunaan lain

Siapa pula yang menawarkan logam berharga ini?

  1. Pelombong seluruh dunia
  2. Bank pusat dunia yang menjual rezab emas mereka
  3. Emas terpakai yang diguna-semula

Terdapat 4 pasaran besar dunia; London, New York, Hong Kong dan Zurich dan juga pasaran lain yang lebih kecil. Aktiviti jual/beli di kesemua pasaran (time zone berbeza), membolehkan pasaran bergerak 24 jam

Jadi, bila permintaan terhadap emas menjadi tinggi, harga emas pun meningkat. Begitu juga sebaliknya.

Jika anda mahu mengetahui lebih mendalam mengenai supply vs demand emas, saya syorkan ke laman World Gold Council, dan download laporan suku tahunan “Gold Demand Trends

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini