fbpx

GUNA EMAS PUSING MODAL

cara pajak emas di pos ar rahnu

Sewaktu buka booth di fuyooMSU2016 dulu, ada seorang peniaga buka booth dengan pajak emas pusing modal

Teringat sewaktu membesar dulu, seorang saudara jauh ayah pernah datang rumah memajak rantai gelang emas kepada ayah saya untuk meminjam wang, khabarnya untuk perniagaan beliau. Saya tak tahu pengakhiran cerita itu, emasnya ditebus semula atau tidak saya kurang pasti.

Ada banyak kedai pajak dan yang terbaiknya pasti Ar-Rahnu kerana berlandaskan prinsip Islam, yakni pajakan emas untuk peroleh pinjaman (tanpa faedah).

Jika anda seorang peniaga saya syorkan sangat simpan sikit emas dari hasil perniagaan, emas boleh dipajak di Ar-Rahnu di kemudian hari. Pinjaman yang diperoleh, boleh digunakan untuk finance jangka pendek, mana tahu ada projek kecilan. Bila sudah dibayar klien, tebus semula emas yang dipajak.

Emas dapat, projek siap, untung pun dapat. Insya Allah 😊

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini