HARGA EMAS HARI INI, CANTIK. TAU MANA DIK?

Kerap juga terbaca statement peniaga emas. “harga emas hari ini cantik bro!”

Apa yang cantik?

Tengah murah kah? Tengah mahal kah? Ok ke aku beli? Ok ke aku jual?

Soalan begini memang biasa berlegar di fikiran pembeli emas, terutamanya yang baru berjinak² dengan logam mulia ini. Banyak sangat soalan, confirm pening. Sebelum ini ada saya kata, sebelum nak beli emas lagi tentukan dulu posisi anda – Penyimpan kah? Pelabur kah? Peniaga kah?

Jadi, jika anda baru dalam dunia ini terbaiknya ke kitco untuk tambah maklumat. Andai kata anda di posisi Penyimpan sekalipun, jika ada pengetahuan Analisa Teknikal (TA) Harga Emas juga membantu menentukan posisi belian atau jualan anda. Untuk itu, terbaiknya anda hadir saja ke kelas² sifu TA. Lain sifu, lainlah mazhabnya

Untuk warga Penyimpan yang rasa terlalu TA terlalu kompleks, anda juga boleh mendapat bebarapa maklumat penting hanya dengan ke laman kitco untuk menentukah tahap kesihatan pergerakan harga emas.

Terus ke bahagian komentari laman kitco dan klik pada “Jim Wyckoff’s Analytical Chart”

harga emas hari ini

Kita bukan hendak melihat aspek teknikal graf ini. Sebagai asas, jika anda tidak mahu pening kepala dengan perkara teknikal pergerakan harga emas, anda hanya perlu tengok bahagian yang telah dibulatkan.

Wyckoff Market Rating ialah satu rating penilaian oleh Jim Wyckoff dan diberikan dari nilai 1 sehingga 10, dengan 1 menunjukkan market dalam keadaan “bear” dan 10 menunjukkan market dalam keadaan “bull” dan 5 ialah rating neutral. Untuk yang tidak tahu, “bear-ish” market bermakna trend sedang menurun dan “bull-ish” market bermakna trend sedang menaik.

Rating ini hanya sekadar indikator pergerakan harga dan ianya terlalu umum. Banyak lagi aspek untuk menentukan masa yang baik untuk menjual atau/dan membeli.

Tetapi jika anda seorang Penyimpan, dengan pengetahuan Jim Wyckoff Rating System mungkin dapat membantu anda membuat jualan atau belian berdasarkan keadaan market emas ketika itu.

 

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini