IF IT’S TOO GOOD TO BE TRUE, THEN IT’S NOT

If it's too good to be true

Biasa kan dengar pepatah English;

IF IT’S TOO GOOD TO BE TRUE, THEN IT’S NOT

Ini ayat terlalu common kita dengar. Tapi masih ada lagi rakyat Malaysia terduduk dengan penangan scam scheme scum. Baik dari yang muda sampai lah yang tua.

Emas adalah antara komoditi favourite diketengahkan sebagai skim pelaburan penipu. Ramai yang terkena, termasuk ramai kenalan kerja saya. Mungkin pekerja oil & gas antara sasaran top kerana disangkakan memiliki banyak duit.

Tak susah pun nak tengok ciri² yang sering saya lihat ada pada skim cepat lingkup:

  1. Dijanjikan pulangan lumayan, selalunya keuntungan confirm sehingga 25% sebulan. Takkan rugi!
  2. Platform atau bisnes unit yang hype disertakan gimik dasyat
  3. Tauke atau key personnel biasanya akan lebih menjaja kekayaan seperti tayang duit berbentuk kipas, baring di atas longgokan duit atau posing di depan kereta mewah. Dressing semestinya tip top
  4. Menjaja elemen AGAMA (biasanya Islam) dan juga semangat KEMELAYUAN.

Saya menyeru anda, sebelum melabur dalam apa² pelaburan yang bukan mainstream supaya double check 4 perkara yang disenaraikan.

Selain itu, jika anda ada facebook sila join group FB ponzi scheme alert in Malaysia untuk menyemak latar belakang syarikat pelaburan. Di sana sudah banyak yang berkongsi maklumat aktiviti syarikat/perseorangan yang menjalankan skim cepat lingkup.

Semoga kita semua dilindungi

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini