JANA PENDAPATAN PELBAGAI PUNCA

jana pendapatan

Semua orang nak hidup, soalnya ada tak cara jana pendapatan lebih?

Biasalah, nak pula kita ni yang tinggal di bandar. Memanjang saja rasanya tak cukup duit. Mungkin tak semua lah, saya pun cerita dari pengalaman sendiri saja.

Setelah hampir 10 tahun bekerja makan gaji, tahun 2013 saya ambil keputusan untuk bekerja sendiri di bidang oil & gas, khususnya mengendalikan peralatan laut dalam, ROV. Best kerja sendiri, kita adalah bos diri kita sendiri! Jana pendapatan sendiri, ikut tahap kederat.

Masa pun ada lebih, jadi saya sentiasa belajar benda baru untuk cari peluang² kerja baru. Mulanya saya tambah skill set dan akhirnya layak bergelar ROV auditor; kerja agak unik di kalangan rakyat Malaysia (banyaknya orang putih).

Saya pernah juga ikut sahabat saya shooting video, sejak dari itu minat terhadap video makin bertambah, jadi saya teruskan belajar dan belajar. Sekarang, hasilnya saya sudah mula mengambil upah sebagai seorang videographer. Ok-lah kan!

Namun, apa yang saya nampak kesemua jenis kerja ini adalah bentuk pendapatan aktif, bermakna jika tak kerja (sakit contohnya) maka tiadalah pendapatan, tersekatlah aliran pendapatan.

Untuk itu saya sudah beberapa tahun mulakan alternatif punca pendapatan pasif.

Saya bukan komposer musik sohor, yang boleh hidup dengan royalti lagu saja. Kerja di laut ini-lah menemukan saya kepada Public Gold, satu platform perniagaan yang boleh jana pendapatan aktif dan pasif serentak! Ok sangat, sambil menyimpan emas cerita sikit² dengan masyarakat umum, jika ada orang mahu beli emas saya dapat komisen, tak banyak pun tapi ok lah, siapa nak bagi kan?

Tapi saya tak berhenti di situ saja, kerana minat saya dengan outdoor khususnya hiking ke serata air terjun maka ter-lahirlah blog hikersbuncit yang mana blog itu setelah beberapa tahun sekarang sudah menjadi Lazada Affiliate. Kiranya, mana tahu ada orang mahu beli barang hiking dari link, boleh juga saya jana pendapatan pasif tambahan dengan komisen.

Bukan setakat itu saja..

Maklumlah lah nak hidup. Memandangkan dah memang dari dulu belajar buat video, kebanyakkan hasil video saya upload ke youtube (silakan subscribe!). Asalnya untuk suka² dan juga boleh jadi tempat lambak video dan rujukan. Rupanya, orang putih di youtube menjana pendapatan pasif dari iklan yang jalan di video mereka! Sayang agak lambat, namun saya tetap cuba juga.

Jadi, pada saya jika kita boleh memvariasikan punca pendapatan yang pelbagai, dari punca aktif dan pasif, satu hari mungkin kita boleh mencapai kehidupan yang lebih baik, di mana duit yang bekerja untuk kita

 

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini