Arkib

Tags

  • Home
  • VLOG
  • JUAL EMAS UNTUK KEMBARA SUNGAI LEMBING
InVLOG

JUAL EMAS UNTUK KEMBARA SUNGAI LEMBING

Baru² ini saya sekeluarga ke satu destinasi bajet Malaysia – Sungai Lembing, Pahang. Matlamat utama kami – hiking ke Rainbow Waterfall. Modalnya? Dari jual emas..

Masya Allah. Cantiknya Rainbow Waterfall ini memang luarbiasa!

Hajat sudah lama tersimpan, cuma masa tak mengizinkan. Tabung Holiday sudah lama terkumpul dan kali ini sudah tersedia

Salah satu sebab saya menyimpan emas ialah untuk mengelak kebocoran wang. Contoh, untuk membuat tabungan percutian, jika tidak berdisiplin tabungan itu akan susut jika kita asyik “terguna” atau bocor.

Saya membuat anggaran kasar sebelum ke sana:

  1. Tempat tidur 2 malam – RM400
  2. Minyak – RM150
  3. Toll – RM80
  4. Makan – 2 hari x 3 kali x RM30 = RM180
  5. Kos permit+guide = 3pax x RM50 = RM150
  6. Jumlah – RM960

Untuk itu saya jual emas sekeping 1 Dinar dan 1 keping 1 gram (seal dibuka – semasa saya buka booth di Shaftsburry Square Cyberjaya). Jumlahnya RM900. Ok sangat tu, saya perlu top-up lagi RM60.

jual emas

Jadi berapakah sebenar kos kembara kami ini?

  1. Tempat tidur 2 malam @The Time Capsule Retreat – RM396
  2. Minyak – RM100
  3. Toll – 2 x (RM6+RM3.50+RM19.60) = RM48.70
  4. Makan – 2 hari x 3 kali x RM30 = RM180 > tak keep track, tapi makan 2 dewasa 2 budak sekitar RM25 di sana
  5. Kos permit+guide+transport (4×4) = 3pax x RM60 = RM180 (budak bawah 7 tahun FOC)
  6. Jumlah Sebenar – RM904.70

Jika saya tak tukar tabungan kembara/percutian ini ke tabungan emas dahulu, kemungkinan besar duit itu akan dibelanjakan tanpa sedar. Kan dah rugi tak boleh ke Rainbow Waterfall

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini