fbpx

KEGUNAAN EMAS DALAM KEHIDUPAN

kegunaan emas dalam kehidupan

Selalunya emas dikaitkan dengan kewangan, kali ini kita akan mengupas kegunaan emas dalam kehidupan

Emas juga banyak digunakan di dalam industri bagi membantu dalam urusan harian kita. Malah peratus kegunaan emas di industri juga sedikit sebanyak menentukan market demand seterusnya mempengaruhi harga emas sedunia

Emas dalam Pergigian
Satu ketika dahulu, ketika harga tidak terlalu mahal emas digunakan sebagai medium untuk menampal gigi kita. Malah, amalan ini dipraktikkan dari tahun 700 masihi (rujuk: Artzney Buchlein, tahun 1530).

Emas yang bersifat lengai (tidak berubah) dan non-alergi menjadikan ia bahan yang sesuai sebagai bahan tampal (emas campuran), umumnya kerana lebih serasi.

Malah, ketika saya bekerja di Turkmenistan dahulu, orang sana masih ramai memasang gigi palsu emas (juga sebagai pameran status)

Emas dalam industri Elektronik
Ini antara kegunaan emas dalam kehidupan yang penting, kerana di zaman ini paling tidak semua orang menggunakan telefon pintar. Emas merupakan konduktor elektrik terbaik. Jadi tidak hairan logam ini digunakan secara meluas dalam industri elektronik

Saya mula bekerja di kilang membuat meter, dengan pengkhususan PCB. Jadi dalam industri saya dulu, ada beberapa kenalan saya yang masih bekerja di syarikat pembungkusan chip. Dalam pembuatan IC (Integrated Circuit), emas digunakan secara meluas sebagai ‘wirebond’, iaitu penyambung output wafer kepada pin. Malah, wire ini disimpan di kilang secara rapi dan saya masih ingat rakan² saya selalu komplen kerana perlu melalui pemeriksaan sekuriti yang ketat untuk keluar masuk ke tempat kerja.

Emas dalam Perubatan
Peralatan perubatan moden juga salah satu kegunaan emas dalam kehidupan kita kerana pastinya terdapat perkakasan elektronik. Malah, untuk pesakit rheumatoid arthritis kadangkala memerlukan rawatan berbentuk suntikan sodium aurothiomalate atau aurothioglucose (Garam Emas, rujuk Jennifer Minigh, in xPharm: The Comprehensive Pharmacology Reference, 2007)

kegunaan emas dalam kehidupan
Tahukah anda kapal angkasa US Columbia dikatakan mengandungi hampir 41kg emas?

Emas dalam Aero-Angkasa
Kegunaan emas dalam kehidupan angkasa adalah untuk memancar semula radiasi sinar merah. Jadi, kesemua lapisan luar struktur kapal angkasa US Columbia diselaputi polimer campuran emas.

Selain dari memberikan perlindungan dari pancaran radiasi merbahaya, polimer campuran emas ini juga dapat membantu dalam mengawal suhu badan kapal angkasa

Nah, siapa kata emas tiada kegunaan lain selain dari intrumen kewangan?


Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini