Arkib

Tags

kelemahan emas

KELEMAHAN EMAS DALAM DUNIA SEBENAR

Saya selalu bercerita tentang kelebihan dan kebaikan logam berharga ini, namun takkan tiada kelemahan emas?

Dunia ini ada terang dan gelap. Jika ada kelebihan pasti ada kelemahan. Saya senaraikan berikut kekurangan emas fizikal mengikut pengalaman sendiri menyimpan logam ini;

  1. Tiada pulangan

    Emas penyimpan nilai dan nilainya meningkat dalam tempoh yang lama. Kalau mahukan pulangan dari peningkatan nilai ini, kenalah jual. Selagi tak jual, ia kekal dalam bentuk fizikal-nya. Kita nampak untungnya hanya atas kertas.
  1. Risiko untuk dicuri tinggi

    Bila sudah banyak menyimpan logam berharga ini, sifat semulajadi kita sebagai manusia akan berasa tidak selamat menyimpannya di rumah. Maklumlah, barang berharga. Barang berharga menjadi sasaran pencuri atau perompak.
  1. Simpan dalam peti simpanan ada kos tambahan

    Makin lama makin banyak pula emas dalam seimpanan. Pastinya anda mahukan keselamatan simpanan anda terjamin. Jadi, kebiasaannya orang menyimpan emas di peti keselamatan di bank atau syarikat peti simpanan. Peti simpanan selamat dan juga di-insurankan, namun perkhidmatan umpama ini kan perlu dibayar

Jika ada lagi yang terfikir, silakan tambah sahaja di ruangan komen

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini