KENAPA PENTING KITA SEMAK SPREAD EMAS?

Sebelum ini saya ada berkongsi 5 faktor sebelum membeli emas. Salah satu faktor penentu ialah spread value.

Apakah itu spread? Secara am dalam mana² pelaburan, spread value dikira sebagai % beza harga jual dan harga beli. Formulanya ialah:

(Harga Jual – Harga Beli)/Harga Jual x 100%

Jadi kenapa spread yang kecil itu sangat penting dalam penentu pembelian emas? Terutamanya kepada Investor (Pelabur)

Kita lihat contoh di bawah:

Saya membeli 10g emas pada Jan 2016 pada harga RM147/g x 10g = RM1470. Spread 10g gold bar Public Gold ialah 8%. Jadi saya kena tunggu kenaikan harga emas melebih 8% untuk untung. Jom kita kira sikit:

108% x RM147 = RM158.76 

Sekitar dalam bulan Febuari, harga emas ketika ini ialah RM159/g. Sudah lepas spread value. Keuntungan saya ketika ini RM1590-RM1470= RM120. Kalau saya beli emas yang mempunyai spread value 15%. Di bulan Febuari, saya masih tidak boleh meraih keuntungan (dari jualan semula). Saya harus tunggu kenaikan emas melebihi 15% Bila tu? 

115% x RM147 = RM169.05

Sekitar pertengahan Jun 2016, harga emas sudah mencecah RM169/g.

Ini contoh kalau harga emas dalam trend menaik. Kalu trend tengah menurun, memang kena tunggu naik balik. Atau beli emas spread yang tinggi, maka lama lagi lah kena simpan emas itu untuk meraih keuntungan.

Of course, ini hanyalah contoh yang mudah, saya tak ambil kira premium over spot price, premium syarikat atau cas tambahan lain. Saya hanya ingin berkongsi kepentingan spread yang nipis dalam memaksimakan keuntungan dengan cepat.

Apapun, jika sebagai seorang gold saver tak kisah harga emas naik atau turun, kita tetap beli dan simpan emas. Yang dikejar ialah gram-nya, kerana dalam gram ada kekuatan menyimpan nilai 💪

 

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini