Ada banyak cara boleh beli emas di Public Gold, namun paling untung pada saya ialah pembelian melalui akaun GAP Public Gold..
Kebanyakkan orang bila hendak membeli emas fizikal, perkara pertama sekali yang akan dinilai ialah ‘harga’. Suka saya ingatkan, dalam membeli emas kita perlu tahu 5 perkara asas sebelum membuat belian pertama.
Jika anda perhatikan betul² selain dari harga yang berpatutan ada 4 perkara lagi yang perlu anda ambil tahu sebelum membeli emas, salah satunya juga ialah ‘spread value‘. Secara amnya bermaksud perbezaan harga anda beli dan jual semula.
Untuk artikel ini, kita akan fokus kepada 2 aspek perbandingan iaitu:
- Beza harga belian emas GAP dan retail
- Beza spread belian emas GAP dan retail
Di Public Gold, sesiapapun boleh membeli emas fizikal dengan 3 kaedah iaitu:
- Belian Terus (Outright Purchase)
- Akaun Emas Fizikal GAP (Gold Accumulation Program)
- Syariah Easy Payment Purchase (EPP) atau bayaran ansuran
Untuk memudahkan anda faham, kita anggap anda sedang dalam market untuk membeli 1 gram emas fizikal. Saya akan terangkan kenapa untung beli emas guna akaun GAP Public Gold
Untung #1 – Harga lebih murah
Sila ke laman Public Gold untuk menyemak harga semasa. Untuk hari ini, saya screenshot di bawah. Sekarang kita lihat harga bagi sekeping emas 1 gram yang dijual secara retail, samada anda beli di mana² cawangan (walk-in atau online) ataupun melalui mana² dealer seperti saya. Harga emas retail 1 gram dijual pada harga RM250 (kemaskini tahun 2020: RM350)
Kemudian kita lihat pula harga emas akaun GAP Public Gold (patuh syariah). Hari ini harganya RM182/gram. Harga ini di-update setiap 24 jam.
Sekiranya anda tidak mahu mengumpul emas berdikit² dengan akaun emas fizikal GAP, dan terus mahu keluarkan emas 1 gram tersebut dari akaun GAP Public Gold, terus ke mana² cawangan untuk urusan pengeluaran. Anda hanya perlu membayar tambahan premium sebanyak RM10 untuk 1 gram.
Jadi kos anda untuk membeli emas 1 gram GAP hari ini adalah;
RM182+RM10 premium = RM192
Bagaimana? kan lebih murah dari belian retail RM250
Untung #2 – Spread kecil
Kelebihan ke-2 dengan membeli emas melalui akaun GAP ialah dengan mengambil kira faktor ‘spread value‘ iaitu;
(Harga Jual – Harga Beli)/Harga Jual x 100%
atau;
(PG Sell – PG Buy)/PG Sell x 100%
Jadi lagi sekali kita perlu merujuk website Public Gold untuk mendapatkan Harga Jual (PG Sell – harga Public Gold jual kepada pembeli) dan Harga Beli (PG Buy – harga pembeli jual semula kepada Public Gold)
Dan jika dilihat di laman web Public Gold, kita tidak akan jumpa PG Buy untuk harga 1 gram emas GAP mahupun 1 gram retail. Walaubagaimanapun jika anda sudah ada akaun GAP, harga PG Buy boleh disemak di bahagian GAP Buy Back.
Jadi bagaimana kita nak menggangar spread value belian emas 1 gram kita? Anda hanya perlu rujuk harga PG Buy, bagi produk LBMA gold bar 24k 10 gram
Hari ini PG Buy bagi item 10 g ialah RM1658. Jadi, untuk 1 gram kita boleh anggar harganya sekitar;
RM1658/10g = RM167
Jadi berapakah spread value untuk a) belian emas retail RM250 dan b) belian emas GAP RM192? Jom kita kirakan
Kita tahu; Spread (PG Sell – PG Buy)/PG Sell x 100%
Maka untuk hari ini;
Spread value emas 1g retail RM250; (RM250-RM167)/RM250 x 100% = 33.2%
Spread value emas 1g akaun GAP RM192; (RM192-RM167)/192 x 100% = 13.02%*
Jelas sekali membeli emas melalui akaun emas GAP spread-nya lebih kecil bukan?
Kesimpulannya,
Dengan membeli emas melalui akaun emas fizikal GAP, kita boleh untung dengan dapat harga yang rendah dan juga untung dengan dapat spread yang nipis.
Jadi, kenapa pula ada 2 cara ini untuk beli emas?
Tepuk dada tanya selera, ada setengah orang tidak selesa dengan akaun emas fizikal kerana tidak pegang emas itu dalam tangan. Ada pula yang tidak kisah, lagipun mahu kumpul emas berdikit²
Ada pula tidak kisah bayar lebih janji emas dapat terus dalam tangan dan memilih untuk membeli secara retail. Beli emas 1g sikit² dan disimpan di dalam card holder.
Bagaimana dengan anda pula?
*Untuk pengiraan spread emas dalam akaun GAP, tolakkan RM10 premium dan anda akan dapat spread value sekitar 8% untuk 1 gram yang dibeli tadi.