KERJA ROV PILOT

Apa benda kerja ROV Pilot?

Pertama sekali, kepada semua yang kerja makan gaji mahupun kerja sendiri saya nak ucapkan “Selamat Hari Buruh!”

Saya baru pulang dari lautan, dan memandangkan projeknya pendek maka sempatlah saya buat video sikit untuk berkongsi dengan anda semua apa sebenarnya kerja ROV Pilot ini.

Kerja ini unik, kerana kebanyakkan dari kami kerja sebagai freelance, maka masa lebih fleksibel. Pendapatan pula berkadaran dengan harga minyak semasa. Zaman harga minyak meletup, gaji kami pun meletup juga.

Saya sudah hampir 11 tahun dalam industri ini; dari pembuatan ROV, baik pulih, support services, project management dan akhirnya saya lebih selesa freelance sebagai seorang ROV Pilot/Tech

Untuk bermula, anda boleh semak beberapa pusat latihan:

  1. Subnet Sevices, Filipina
  2. The Underwater Center, UK
  3. MTCS, UK/Singapore

Terdapat juga beberapa syarikat yang melatih ROV pilot dan terus diserapkan ke dalam syarikat seperti;

  1. Oceaneering
  2. Fugro

Kebiasaannya anda akan mendengar gaji kami dalam USD/sehari, Pilot Technician dibayar dari USD200-650/sehari manakala Supervisor dari USD750-950/sehari

Ini benar, beberapa tahun lepas-lah (sebelum 2013)

Sekarang zaman sudah suram, pendapatan pun tak semeriah dahulu. Kalau kena potong separuh gaji pun sudah cukup baik.

Nak dapat kerja pun tak senang, ramai kawan² lain pun mereput di darat. Saya sendiri pun pernah tak bekerja setahun setengah!

Jadi, jika anda berminat mengejar jenis pekerjaan yang nampak macam best ni, saya ucapkan selamat maju jaya!

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini