KERJA SENDIRI DAN PENDAPATAN PASIF

kerja sendiri

Nasihat untuk mereka yang nak kerja sendiri

Jika anda bercadang untuk bekerja sendiri, saya syorkan lengkapkan diri dengan pelbagai skill set. Kepelbagaian skill set ini mungkin dapat membantu anda dalam mendapatkan kerja dan tidak hanya kepada satu bidang.

Contohnya, selain dari bekerja sebagai ROV Pilot Tech, saya juga bikin kerja ROV Auditor, Project Engineer, Videographer (juga di dalam air) dan sebagai punca aliran pendapatan pasif dari menjadi dealer emas Public Gold, affiliate member Lazada (blog hikersbuncit), Youtuber (masih belum tahap boleh monetize)

Matlamat kita umumnya adalah; dapatkan kerja supaya boleh bawa pulang sejumlah wang ke rumah. Jadi, jangan hadkan kerja anda kepada satu bidang sahaja.

Semenjak saya kerja sendiri, saya tidak berhenti melengkapkan diri dengan skill tambahan. Ada sesetengah kerja perlukan “trade cert” khusus sebagai pra-syarat. Jika tiada modal, kumpul dahulu beridikit² duit dan kemudian ambil kursus tambahan.

Walaupun bekerja sendiri membolehkan masa anda lebih fleksibel, namun hakikatnya kita masih perlu bekerja untuk peroleh pendapatan. Ini dinamakan pendapatan aktif. Jika tidak bekerja (mungkin tiada kerja, sakit, masalah tertentu) maka tiadalah punca pendapatan bukan?

Satu lagi bentuk pendapatan ialah pendapatan pasif, contohnya pelaburan. Kita lihat contoh ASB, tahun 2016 memberikan pulangan 6.75%. Jika anda ada RM100k dalam ASB, sebulan anda peroleh pendapatan pasif sebanyak;

RM100k x 6.75% = RM6750/setahun

Bersamaan dengan RM562.50 sebulan

Persoalannya, anda ada RM100k sekarang dalam ASB? Jika ada, saya ucapkan tahniah!

Atau adakah anda seorang composer lagu/penulis lirik, yang makan royalti tahunan hasil dari ciptaan karya terdahulu?

Jika bukan, semak semula 4  kuadran Robert Kiyosaki dan fikir²kan punca aliran tunai pendapatan pasif

 

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini