KESAN PEMANSUHAN GST DI MALAYSIA KEPADA INDUSTRI EMAS?

kesan pemansuhan gst di malaysia

Jika pemansuhan GST di Malaysia terlaksana, apakah kesannya kepada industri emas?

Sejak akhir² ini, sering terdengar di berita mengenai pengenalan semula Cukai Jualan dan Servis (SST) yang akan menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Bagi pembeli emas pasti tertanya; apakah kesan pemansuhan GST di Malaysia kepada industri emas?

Perkara ini disambut baik ramai pembeli emas, kerana sudah pasti emas keluaran tempatan tiada lagi cukai 6%. Namun, perlu ingat, syarikat tempatan masih mengenakan ‘upah tukang’ kepada hampir kesemua produk mereka. Jadi, kita sebagai pengguna berhak mendapatkan ‘breakdown’ harga akhir emas yang ditawarkan dan seterusnya kira semula purata harga per gram bagi menentukan harga sebenarnya, samada murah atau mahal.

Bagi Public Gold pula, kesan langsung pemansuhan GST di Malaysia bermakna emas keluaran tempatan khasnya edisi Bunga Mas dan Tai Fook sudah lagi tiada GST 6%. Ini penjimatan untuk pembeli emas! Saya menduga lebih banyak dari kategori Collector yang akan membeli emas edisi ini. Tambahan pula, baru² ini Public Gold mengumumkan;

Emas edisi Bunga Mas dan Tai Fook boleh dikeluarkan dari akaun GAP bermula 1 Jun 2018!

Jika anda seorang collector, ini masa baik untuk tambah atau mulakan simpanan melalui akaun emas GAP. Harga harini masih RM179/g, harga dalam dollar pula masih lagi rendah menghampiri harga lombong. Jadi jangan berlengah lagi. MULA simpan emas sekarang, dan dapatkan koleksi unik buatan Malaysia ini

 

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini