KESILAPAN BESAR SAYA MASA BERNIAGA KEDAI TINTED

BERNIAGA KEDAI TINTED

Tahun 2010 merupakan big year buat saya. Ketika itu saya bertukar tempat kerja dari Singapura ke KL. Duit simpanan ada banyak. Duit modal berniaga pun sudah cukup.

Saya bersama seorang rakan mengambil keputusan untuk berniaga kedai tinted kereta. Ketika itu, market bumiputera masih sangat sikit.

Kami menyewa sebuah kedai di seksyen 13 Shah Alam dan memulakan operasi sekitar bulan July 2010 dengan trade name The Tint Company™. Dengan jumlah staff terlatih seramai 3 orang kami melangkah yakin dalam perniagaan ini.

Sahabat saya mempunyai direct access dengan pemilik galeri jualan Proton dan Perodua di kawasan berhampiran. Difikirkan, mudahlah untuk dapat sales. Ramai rakyat Shah Alam membeli kereta nasional. Statistik MAA tak tipu.

Selepas beberapa bulan berniaga, kami sudah nampak perniagaan tak boleh sustain, masa untuk exit. Bulan ke-6 saya sudah hangus duit simpanan sendiri untuk pump modal pusingan ke perniagaan. Sama lah dengan sahabat saya, tapi dia anak orang kaya. Duit dia banyak. ASB dua tabung sudah penuh. Hartanah pun ada sebidang dua, apartment dan condo sudah ada positive income bulanan.

Masuk bulan ke-7 sudah tak feasible untuk saya teruskan perniagaan. Mana taknya, duit makan pun dah tak cukup! Tabung syilling dikorek untuk makan harian di pejabat. Hutang kad kredit melambung sampai max limit 2 kad, kebanyakkannya digunakan untuk membayar bil utiliti dan barang dapur. Cash dari duit gaji saya pula banyak digunakan untuk perniagaan, kebanyakkannya untuk pembayaran gaji pekerja dsb.

Ketika itu, hampir setiap malam saya melihat siling rasa menyesal, marah dan macam². Banyak perkara saya salahkan. Saya salahkan sahabat saya kerana tak firm deal dengan Proton dan Perodua, saya salahkan salesman Melayu yang langsung tak nak support peniaga Melayu dan lebih mementingkan komisyen, saya salahkan bank kerana tak approve soft loan. Senang cerita semua lah saya salahkan.

Fast forward 3 tahun, SAYA SALAHKAN DIRI SAYA SENDIRI.

Saya tak cukup ILMU

Ilmu berniaga kurang, ilmu manage duit kurang, ilmu market share kurang, ilmu politik peniaga dan salesman dan macam² lagi ilmu saya kekurangan

Expensive lesson learnt in life. RM95k dan masih belum settle.

Salah satu kerja saya kini ialah ROV Pilot di dalam sektor oil & gas dan gajinya lumayan, duit ini banyak saya gunakan untuk membayar hutang piutang perniagaan kedai tinted. Hakikatnya saya LOST OPPURTUNITY & TIME. Duit gajian offshore banyak digunakan untuk membayar hutang, sedangkan jika digunakan sebagai modal, boleh saya bangunkan perniagaan lain. Masa saya pula banyak dihabiskan di laut.

Jadi, jika anda hendak berniaga. Jangan syok sendiri. Kaji sehabis²nya, dan guna saja modal yang ada walaupun sikit. Mula dari bawah dan cedoklah segala ilmu yang boleh along the way.

Jangan jadi bodoh macam saya.

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini