KIRAAN ZAKAT EMAS SELANGOR

kiraan zakat emas selangor

Salam Jumaat,

Saya ada mendapat soalan berkenaan kiraan zakat emas Selangor bagi simpanan emas Public Gold. Pertama sekali, untuk klarifikasi yang jelas, saya menyarankan anda sendiri menghubungi Lembaga Zakat Selangor.

Secara umum, emas berbentuk pelaburan dikategorikan sebagai Emas Bukan Perhiasan ( غَيْرُالحُلِّى ), iaitu emas yang dimiliki bukan untuk tujuan perhiasan sama ada dalam bentuk matawang, jongkong, tempa, barang kemas dan seumpamanya.

Zakat adalah WAJIB bagi umat Islam. Zakat emas perlu dikeluarkan sekiranya memenuhi 2 syarat berikut:

  1. Cukup Haul: yakni cukup tempoh pegangan emas itu iaitu genap setahun
  2. Sama atau Melebihi Nisab: Nisab zakat emas adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram)

Jadi bagaimana nak kira zakat?

Zakat dikenakan sebanyak 2.5% daripada jumlah emas yang ada

Contoh:
Timbangan emas x harga semasa* x 2.5% = Jumlah Zakat
100 gram x RM179= RM17,900 x 2.5% = RM447.50

Atau, terus ke kalkulator zakat emas

*harga semasa mengikut Lembaga Zakat Selangor

 

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini