Arkib

Tags

runner vape

KISAHKU SEORANG RUNNER VAPE DI LAUT

Sebelum ini ada saya berkongsi versi pendek kisah hidup saya berniaga tinted dan walkie talkie. Perit jerih yang ditempuhi, segala kemasyukan tapi akhir tak tahu ke mana untungnya. Hari ini saya nak kongsi kisah saya berniaga kecil² sebagai runner vape pula.

Banyak dah belajar dari bisnes kecil² sebelum ni, jadi saya mula dengan 1) modal yang ada dan kecil 2) info yang cukup dan 3) cash flow management

Tahun 2014 scene vaping menjadi fenomena seluruh Malaysia.

Tumbuh macam cendawan! Semua orang nak vape. Juga, semua orang nak jual barangan vape. Ada juga beberapa orang rakan saya yang buka kedai vape, ala² lounge, sambil jual flavour dan barangan mereka juga sediakan tempat untuk pembeli chill-out dan beramah mesra bertukar pendapat. Banyak juga lah saya dapat contact dan lubuk supplier/distributor.

runner vape

Saya bekerja di offshore Turkmenistan pertengahan tahun 2015 sehingga awal 2016, ketika itu harga rokok naik tak masuk akal, dan ramai perokok tegar mencari alternatif nikotin. Mereka mula bertanya saya kerana memang kebiasaan kerja saya akan bawa rokok dan vape (kegunaan di bilik berfikir).

Time-off pertama, saya kembali kerja dengan stok flavour dan beberapa set mod untuk dijual kepada rakan² memerlukan.

Round 1, modal RM2523.30, untung bersih RM983.70 (28.05%)

Eh, ok juga berniaga vape di offshore. Harga kalu letak mahal sikit pun orang masih membeli sebab in demand. Time-off kedua, saya bawa lagi banyak stok flavour dan mungkin 2 atau 3 set mod untuk dijual. Saya guna duit modal lain, duit untung RM983.70 saya simpan saja dalam dompet offshore saya.

Round 2, modal RM1640, untung bersih RM595  (26.62%)

Penghujung projek saya tak boleh balik, jadi saya terpaksa kerja hampir 4 bulan di sana. Ketika itu pun harga rokok dah kembali normal. Rupanya kerajaan Turkmenistan baru memperkenalkan cukai tembakau. Jadi para peniaga sudah tidak boleh meletak harga sesuka hati

Saya boleh kirim stock tambahan dengan rakan² yang di Malaysia, tapi saya lihat sudah ada beberapa masalah dalam perniagaan ini:

  1. Margin kecil – sekitar 25-30%.

    Mungkin saya yang tak sampai hati letak harga sembelih kawan². Tapi saya rasa harga ketika itu sudah lagi tinggi dari harga kedai di area rumah saya. Tambahan pula tak semua mod saya dapat dari supplier China. Ramai pula yang berkata boleh dapat untung sehingga 2x ganda kalau berniaga vape (untung kasar, agaknya)
  1. Perniagaan vape adalah kategori perniagaan bermusim

    Sahabat baik saya pernah menasihati saya, kalu nak berniaga 1) jangan ikut orang 2) jangan jual benda seasonal 3) jangan jual benda atas nama agama (Islam) dan kaum (Melayu). Jadi, bila dah nak balik tu, jenuh fikir juga mahu sambung berniaga vape atau tidak

Ketika saya balik, 3 daripada 4 kedai vape di area rumah saya sudah bungkus. 1 kedai terakhir sudah berkongsi tapak berniaga dengan kedai aksesori kereta (mungkin juga bisnes tauke sama). Sahabat saya kedai di Cyberjaya khabarnya sudah bungkus.

Yang masih survive, kedai yang ada variasi, kelainan dan maintain customer relationship yang bagus. Geng cendawan saya rasa memang tak boleh tahan lama dalam berniaga, terutamanya perniagaan seasonal macam ini. Mungkin juga mereka sudah ada exit strategy sendiri. Saya tidak meneruskan hasrat untuk berniaga vape, kerana sudah jelas ada indicator kehambaran market.

Jadi agaknya apa yang saya buat dengan RM983.70+RM595=RM1578.70 itu? Ya, saya beli emas 10g (top-up sikit, harga ketika itu RM1658 berserta premium), dan emas tu sekarang di-pajak untuk rolling perniagaan emas Public Gold saya pula.

Banyak yang saya belajar dari kesilapan lepas, dan saya guna-pakai semua pengalaman yang ada dalam venture kecil ini. Saya rasa tak rugi, malah saya rasa sangat seronok (walaupun untungnya taklah mencecah puluhan ribu ringgit). Kerana untung bersih dari runner vape ini saya tukarkan kepada emas. Emas pula digadai untuk peroleh modal pusingan.

Update: Emas sudah keluar penjara dan kini selamat dalam pegangan

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini