MEMAHAMI SIJIL KETULENAN EMAS

MEMAHAMI SIJIL KETULENAN EMAS

Beberapa benda perlu kita perhati untuk memahami sijil ketulenan emas

Jika ada masa, perhatikan betul² emas dalam simpanan anda, atau jika belum ada rajinkan ke mana² kedai menjual emas pelaburan berbentuk jongkong/syilling (atau boleh juga hubungi saya untuk membeli emas).

Kebanyakkan produk emas pelaburan tidak lagi menyediakan sijil ketulenan berbentuk kertas, sebaliknya berbentuk kad yang terus di-laminate bersama emas. Saya akan cuba bantu anda untuk memahami sijil ketulenan emas tersebut, kerana jika dilihat banyak betul logo² yang ada. Jom kita tengok satu persatu.

Gambar ini gold bar 1g Public Gold edisi Merdeka. Kad itu sendiri adalah sijil ketulenan

Bahagian pertama mempamerkan butiran gold bar ie berat, saiz, ketulenan. Yang penting di sini ialah Certified Assayer. Assayer ini kerja dia ialah “to assay”, atau dalam bahasa kita, menguji ketulenan. Assayer menguji sample sebelum di-minted, dengan memasukkan sample batch emas ke dalam ketuhar dan dipanaskan sehingga  1064° C (suhu dimana emas akan melebur). Seterusnya Assayer akan menjalankan ujian fire assay atau cupellation dan akhirnya setelah berpuashati, menurunkan tandatangan. Sain comel, tapi sangat berharga!

Seterusnya, kita lihat product gold bar Public Gold ini dihasilkan oleh Nadir Metal Rafiniri yang berpengkalan di Turkey.

Terdapat logo LBMA atau The London Bullion Market Association tertera. LBMA merupakan sebuah badan yang terdiri dari majoriti bank² pusat dunia (yang menyimpan emas), syarikat perlombongan emas, pengeluar barangan emas dan sebagainya. LBMA menetapkan standard yang sangat tinggi bagi memastikan gold bar yang didagangkan di pasaran adalah yang terbaik.

Oleh itu, LBMA telah mengeluarkan Good Delivery Lists, yang menyenaraikan pengeluar² emas dunia yang telah memenuhi syarat² ketat proses assay dan proses minting produk. Secara umum, satu dunia menerima jika syarikat itu tersenarai dalam Good Delivery List, mereka ini adalah best of the best.

Jadi, kalau anda berminat untuk menyimpan emas, pastikan selidik dahulu produk. Adakah mempunyai sijil? Jika ada, adakah dalam sijil itu mempunyai tandatangan certified assayer? Adakah produk itu dihasilkan oleh syarikat yg merupakan ahli LBMA?

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini