Senang sahaja untuk mengeluarkan emas anda dari akaun GAP.
Bagaimana?
- Telefon cawangan terdekat, sediakan PG code atau nombor IC bila diminta staff, dan booking stok produk emas (minima 1g) anda untuk self collect. Anda boleh mengeluarkan emas LBMA mengikut berat pilihan anda. Pastikan minima 1 gram baki ditinggalkan di dalam akaun untuk akaun kekal aktif. Boleh untuk keluarkan kesemua emas anda sehingga berbaki 0g, namun akaun anda akan dinyahaktif dan bayaran RM50 akan dikenakan untuk pengaktifan semula
- Datang ke cawangan pada tarikh ditetapkan, bawa IC dan wang tunai untuk bayaran premium
Contoh kiraan premium:
Anda ingin keluarkan 10 keping 1 gram gold bar LBMA design rooster, jumlah premium yang perlu dibayar
10 keping x RM10 = RM100