Kini pembelian emas Public Gold bertambah mudah dengan kebolehan membuat bayaran melalui FPX, gateway online banking terkemuka Malaysia. Ikuti 8 Langkah Mudah untuk menambah Emas GAP anda dengan menggunakan perkhidmatan FPX
- Layari laman web Public Gold
- Semak harga terkini GAP dan klik pada icon “Buy Now”
- Anda akan dibawa ke login page, sekiranya belum lagi login, anda akan dibawa ke login page GAP. Masukkan PG code di bahagian username dan password anda
- Masukkan amaun yang hendak di beli dalam RM, nilai berat emas akan terus dikira oleh sistem
- Seterusnya anda akan dipaparkan dengan ringkasan pembelian, semak amaun dan nilai adalah betul. Seterusnya klik “Click to Pay”
- Pilih bank pilihan anda dari senarai bank pilihan yang menyediakan perkhidmatan FPX
- Saya pengguna Maybank2u, jadi ini contoh Page Mula untuk membuat online banking. Selebihnya, macam buat online banking biasa
- Setelah selesai pembayaran di portal bank, anda akan kembali ke page summary FPX. Pastikan status pembayaran anda telah “Approved”
- Akhir sekali, kembali ke laman Public Gold dan ke My GAP untuk menyemak pembelian anda. Pembelian emas anda akan re-concile dalam masa 24 jam.