NASIHAT BRADER TEKSI

Brader teksi

Seronok bersembang dengan brader teksi, kalau kena gaya

Macam biasa bila naik teksi rasa tak seronok kalau tak bersembang dengan brader teksi.

Brader Khairul sudah 15 tahun bawa teksi dan ini minggu terakhirnya. Beliau akan berhijrah ke Gr**car, sewa bulanan.

Saya tanya kenapa?

  1. Ramai pemandu teksi terlalu selesa dengan sistem lama. Masih dengan mindset market pemandu, bukan penumpang
  2. Ramai pemandu teksi masih selesa bermalasan bermain dam, tidak mahu kemajuan (guna applikasi pintar)
  3. Mentaliti pemandu teksi sendiri yg suka “memilih” pick-up. Kalau jauh + jam tak mahu

Tapi bukanlah semua kata brader teksi lagi..

Mulanya Myte**si diperkenalkan, ramai pemandu teksi suka! Namun, perangai lama masih dibawa ke platform baru. Masih memilih pick-up, masih memilih jalan tak jam.

Dengan Gr**car pula, sistem “memaksa” pemandu utk perform. Aplikasi pintar disediakan sangat mudah pula, baik untuk penumpang mahupun pemandu.

Pemandu tidak boleh memilih penumpang, tidak boleh memilih jalan, tidak boleh memilih masa. Jika terlalu banyak tak ambil order, rating akan turun. Kurang rating, kuranglah pickup offer.

Kata brader Khairul lagi..

Kalau kita dah biasa mancing lubuk sama bertahun-tahun naik ikan, sekarang naik seekor dua.. Takkan nak duduk lagi? Cari lah lubuk baru, kan?

Sama juga macam kita berniaga, sekarang sudah zaman digital dan video. “Content Creation” padu mampu menambat ikan dalam lubuk milenia. Hebat brader teksi

-Nota perjalanan Kenyir-

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini