OK KE BELI SILVER?

beli silver

Kalau dulu zaman punk rock, beli silver jadi kegemaran buat aksesori!

Tak semua orang mampu untuk beli emas, alternatifnya kita ada silver kerana ia juga logam termasuk dalam item precious metal. Kalau semasa zaman Nabi dahulu, 1 dirham boleh beli seekor ayam.

Namun, saya tak berapa gemar menyimpan silver kerana beberapa sebab. Saya kongsikan di bawah;

KELEBIHAN

  1. Lebih murah – Harga silver 100g Public Gold sekitar RM300, sedangkan harga emas dengan keberatan yang sama sekitar RM17k++ (harga pada 8 dec 2016). Boleh semak Silver to Gold Ratio di sini
  2. Pergerakan harga lebih tinggi dari emas, boleh mencecah 1 – 1.6 x ganda
  3. Kuantiti yang banyak bagus disimpan sekurang-kurangnya 3 tahun ke atas untuk mendapat keuntungan signifikan

KEKURANGAN

  1. Bersaiz besar – Public Gold ada menjual 10 dirham LBMA, tapi kebiasaanya orang simpan silver dalam keberatan yang lebih tinggi (sebab harga lebih-mampu)
  2. Susah nak simpan jika banyak. Kalau dah simpan pun berkilo-kilo, memang makan ruang. Logistik (ketika nak jual semula) mungkin juga sedikit sukar.
  3. Kecairan kurang. Silver sangat susah digadai. Dalam senarai Ar Rahnu ini, hanya Koperasi Dagang Emas sahaja yang masih menerima silver.

Walaubagaimanapun saya rasa perlu juga disimpan sedikit silver, zaman Nabi dulu pun trading melibatkan dinar (emas) dan dirham (silver).

Andai kata berlaku darurat atau kecemasan negara (minta jauh!), mungkin dirham ini lebih mudah digunapakai untuk urusan barter. Wallahualam

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini