PAKSA DIRI BUAT PELAN PERBELANJAAN

paksa diri buat pelan perbelanjaan

Bos lama saya dulu selalu pesan, “IF YOU FAIL TO PLAN, THEN YOU PLAN TO FAIL”. Banyak lagi quotes legenda dan ajaran beliau yang sedikit sebanyak membentuk saya hari ini

Namun, sahabat lama Hafiz Khalim yang mengajar saya betapa pentingnya untuk paksa diri buat pelan perbelanjaan.

Gaji permulaan saya di kilang membuat meter kwh (meter tnb) ketika itu sekitar RM1500. Cukup bulan gaji habis ke laut. Bolehlah survive, maklumlah pergi balik kerja naik motor dan ketika itu pun saya pulang dan tinggal dengan keluarga buat sementara.

Sampailah masa saya nak kahwin. Hafiz yang ketika itu sudah berkahwin bertanya, “nak kahwin ni sempat ka kumpul duit?”

Soalan cepu emas

Hafiz berkongsi satu tips yang beliau amalkan. Hafiz berkahwin ketika zaman belajar di UK. Kahwin muda, jadi duit sangat terhad ketika itu, dan itu antara sebab memotivasikan beliau untuk merancang kewangan dengan lebih baik.

Beliau ajar saya bagaimana membuat perbelanjaan bulanan dengan menggunakan MS excel. Ketika itu memang tak pernah lah pakai excel, namun saya gagahkan jugak, belajar macam mana nak guna.

Alhamdulillah sampai sekarang (11 tahun) saya masih mengamalkan membuat planning perbelanjaan bulanan dengan excel. Excel perbelanjaan boleh membantu kita dari segi planning dan tracking. Kalau nak detail lagi, boleh catat setiap perbelanjaan harian. Sekarang sudah ada app di smartphone lagi!

Bila ada plan, baru kita disiplinkan diri ikut plan. Mcm bos lama saya kata lagi;

“WHEN YOU HAVE DIRECTION, THEN DISCIPLINE THRIVES”

Anda sudah ada excel?

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini