PERCUTIAN BAJET MALAYSIA

Percutian Bajet Malaysia

Negara kita cantik, layan percutian bajet Malaysia pun ok!

Boleh dikatakan hampir kesemua orang perlukan cuti. Bagi yang bekerja makan gaji mahupun bekerja sendiri kesemuanya perlukan time off. Kita semua manusia, bukan robot.

Namun, kebiasaannya kita jatuh kepada 4 kategori umum ini;

  1. Ada masa ada duit
  2. Ada masa tiada duit
  3. Tiada masa ada duit
  4. Tiada masa tiada duit

Saya juga pernah merasa dalam kesemua kategori ini. Namun setelah beberapa lama bekerja dan berniaga kebiasaannya saya jatuh dalam kategori 1 dan 2. Alhamdulillah

Baru-baru ini saya bercuti bajet ke Pulau Tenggol, Dungun. Percutian bajet Malaysia ­čśü

Sejak bekerja sendiri saya berazam sekurang-kurangnya perlu bawa keluarga bercuti setahun sekali dan cita-cita saya adalah untuk bercuti di kesemua pulau di negara kita!

Bila kita sebut “percutian bajet” pada pendapat saya ia sebenarnya subjektif. RM1000 untuk saya banyak, untuk orang lain mungkin sikit, orang lain pula mungkin selamanya tak mampu kumpul RM1000.

Namun, ada 2 benda ajaib berlaku bila kita menyimpan emas;

Kita lebih berdisiplin dalam berbelanja

Bunyi macam tak logik? Bila mula menyimpan emas, kita sudah biasa dengan harga per gram. Untuk tahun 2018 setakat ini harga emas segram berlegar-legar sekitar RM180-190, mudahnya kita ambil saja RM200.

Secara tak langsung saya akan lihat segala benda nak beli dalam gandaan 1g emas. Contoh, nak joli beli kamera tripod baru (yang tak perlu pun!) harganya sekitar RM400, saya rasa ralat nak berbelanja sebab kosnya sudah boleh beli 2g emas. Baik saya beli emas!

Duit tak bocor, tabung holiday lebih cepat terisi

Saya ada membuat tabung holiday. Sebahagian pendapatan saya akan masukkan sikit ke dalam tabung ini. Bila menyimpan emas, nafsu berjoli kita lebih terkawal

Maka, lebih cepat tabung holiday ini terisi. Adik saya lagi best, tabung holiday-nya ialah tabung emas. Beliau akan kumpul emas sehingga cukup target untuk percutiannya, lebih selamat katanya. Emas bentuk yang susah nak dibelanjakan berbanding duit dalam akaun. Cukup target, beliau jual sahaja emas terkumpul dan pack barang langsung bercuti!

Jadi, jika anda masih dalam kategori #2 dan #4, cuba berjinak-jinak menyimpan emas. Mungkin ia boleh mengubah hidup kita!

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini